Header Ads

  • Terkini

    Catatan Blog Aku dan Busuk Site Rangking

    Kepada semua blogger dan pembaca blog. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

    Aku tak pandang sangat Alexa Site Info.. dan aku tak peduli tentang Google Page Rank. Sebabnya, blog aku blog orang kampung, blog orang melayu. Aku hanya perlukan pelawat yang faham bahasa Melayu terutamanya yang menetap di Malaysia.

    Entri ini bukan nak puji admin dan tuan punya busuk.org, tetapi ianya satu kenyataan. Busuk.org boleh aku simpulkan merupakan tempat tumpuan blogger-blogger dan pembaca blog di negara ini. Pada pendapat aku jika ada di antara blogger melayu di Malaysia tidak mengenali busuk.org ni, atau tahu mengenainya tetapi tidak menggunakan  perkhidmatan submit artikel melalui busuk.org adalah satu KERUGIAN besar.

    Semasa entri ini ditulis, usia blog aku tak sampai 2 bulan. Memang susah nak menarik minat pembaca untuk melawat ke blog kita, apatah lagi ciri-ciri blog aku;
    • berusia tak sampai setahun jagung, belum dikenali ramai lagi, alexa rangking pun masih jauh apatah lagi google page rank memanglah 0 (telur).. hehehe
    • kandungan artikel berunsur agama dan ilmiah, amat kureng pembaca yang berminat jika dibandingkan dengan entri-entri sensasi, gossip, artis, hot, pelik dan entri-entri yang sama waktu dengannya.. :-)
    Aku mula mengetahui tentang busuk.org ni dah lama bila aku search keyword kat google, banyak jumpa ping busuk.. bla..bla.. tapi bila klik kat pautan tu.. akan masuk ke laman web atau blog yang tiada kaitan dgn busuk.org. Oleh kerana pada ketika itu aku tidak mempunyai blog sendiri aku tidak ambil pusing tentang perkara tu. Bila dah ada blog sendiri, aku pun mula explore fungsi dan perkhidmatan busuk.org ni.

    Sesuatu yang membuat aku Wow !.. ialah jumlah pengunjung online di laman web ini adalah diantara 500-700 orang pada satu-satu masa. Jadi aku buat kesimpulan sendiri bahawa busuk.org adalah merupakan tempat berkumpulnya atau tumpuan majoriti blogger-blogger dan pembaca-pembaca blog di negara ini !..

    Satu lagi yang menarik perhatian aku ialah perkhidmatan percuma analytical (statistik dan site rangking) dari busuk.org dan penilaian atau informasi statistik dari pihak admin seperti berikut:-


         [ status : superb / terbaik ]
    
         user yang masuk ke laman ini adalah user yang betul-betul
         mahu membaca dan melayari lama web tersebut. sekiranya
         anda mahu beriklan, tak rugi untuk meletakkan iklan
         pada blog yang traffik berkualiti seperti ini.
    
         [ status : kureng ]
    
         user yang masuk ke blog ini hanya sekadar melalui tanpa
         membuat pembacaan ataupun melayari page laman yang lain.
         biasanya laman yang bertrafik seperti ini adalah laman
         yang kerapkali dipost pada site perkongsian seperti
         facebook, shoutbox dan lain-lain.. user tidak ketagihan 
         untuk membaca di laman blog ini.. user datang dan user pergi
    
         [ lain-lain status ]
    
         1. superb
         2. terbaik
         3. bagus
         4. sederhana
         5. boleh tahan
         6. kureng

    Walaupun penilaian atau informasi statistik ini nampak sempoi dan bersahaja, tetapi ianya tidak bias dan  cukup berguna untuk menilai prestasi blog kita.. Ini yang aku nak highlightkan dalam entri ini.

    Aku cuba cari domain blog aku dalam senarai site rangking busuk.org ni.. hehe.. memang tak tersenarai pun dalam dalam toplist dalam apa juga kategori (jangan nak mimpi.. hehe), samada dalam:
    1. site ranking berdasarkan ranking alexa
    2. site ranking berdasarkan unique visitor
    3. site ranking berdasarkan jumlah pautan
    Memang blog aku masih jauh ketinggalan jika dibandingkan blog-blog lain yang telah bertapak lama di Malaysia ni.. Tetapi bila aku masuk kat satu pautan papar semua laman yang meletakkan banner busuk dan search blog aku.. memang jumpa.. sebabnya.. memang aku ada letakkan banner dan widget busuk.org dalam blog. Aku jumpa bila aku klik link ni.. http://busuk.org/ping/analytic/waazin.blogspot.com aku terus buat screenshot seperti gambar di bawah (screenshot pada 12-Januari-2013 jam 9:15 malam)
    Walaupun unique visitor dan pageview blog aku memang banyak keKURENGan, tapi busuk.org menilaikan Quality % artikel aku adalah SUPERB untuk 3 hari, TERBAIK untuk 2 hari dan OK untuk 1 hari. Jumlah penilaian untuk 6 hari submit artikel. Ini sudah kira OK untuk blog yang baru bertapak seperti blog aku !..

    Jadi apa maknanya penilaian  SUPERB dan TERBAIK ni?..Maknanya menurut penilaian admin busuk.org, telah dinyatakan dalam petak kuning di atas dan , iaitu seperti berikut;


         [ status : superb / terbaik ]
    
         user yang masuk ke laman ini adalah user yang betul-betul
         mahu membaca dan melayari lama web tersebut. sekiranya
         anda mahu beriklan, tak rugi untuk meletakkan iklan
         pada blog yang traffik berkualiti seperti ini. 

    Info ini amat berguna untuk aku bagi meyakinkan kawan-kawan yang telah dan akan memasang iklan di http://waazin.blogspot.com :-). Walau apa pun.. aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua geng-geng dalam busuk.org kerana perkhidmatan berkualiti ini. 

    Mereka bertungkus lumus memastikan server busuk.org sentiasa dalan keadaan OK dan bukannya KO. !..  InsyaAllah satu hari nanti nak donate gak kat busuk.org sebagai tanda penghargaan memberikan perkhidmatan percuma kepada semua blogger di Malaysia. Terima. Kasih..

    2 comments:

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad