Besarnya Kelebihan Solat Sunat Wuduk

Sembahyang sunat wuduk juga dikenali dengan nama sembahyang syukur wuduk. Ia merupakan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat yang dilakukan setiap kali seseorang itu selesai mengambil wuduk. Tidak ada waktu yang ditetapkan, samaada pagi, petang, siang ataupun malam.

Sembahyang sunat ini juga tergolong kepada sembahyang sunat muqayyad iaitu sembahyang yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Jesteru itu ia boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat. disunatkan bagi seseorang yang telah mengambil wuduk untuk bersolat sebanyak dua rakaat.

DALIL KEUTAMAANNYA
Ternyata solat sunat setelah wuduk itu memiliki keutamaan yang sangat besar sebagaimana yang termaktub di dalam hadis-hadis Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam

Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Syurga

Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata: Kami perah bertugas menggembala unta. Saat tiba giliranku, aku merehatkan gembalaanku. Setelah itu, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri tengah berbicara dengan orang-orang. Akupun mendengar sebahagian dari perkataan baginda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

Maksudnya:
Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga
Dia (‘Uqbah) bercerita lagi: Lalu aku katakan ini benar-benar sangat baik. Tiba-tiba ada seseorang berkata di hadapanku: Yang sebelumnya malah lebih baik lagi. Maka aku melihat, ternyata orang itu adalah ‘Umar. Dia berkata: Sesungguhnya aku telah melihatmu tadi datang.
Baginda bersabda:
مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَثُمَّ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُإِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ.
Maksudnya:
Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya. – Hadis riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234.

Diampunkan Dosa-Dosa Lampau

Barangsiapa yang berwuduk menurut sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Menurut Humran pembantu ‘Uthman, ‘Uthman pernah menceritakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
Maksudnya:
Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mengerjakannya dengan khusyuk) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lampau. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Wudhu’, no: 159.
RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Wuduk
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
___________________________________________
Ada kisah Bilal bin Rabah r.a. Dalam hadis riwayat al-Bukhari 4/428 [no 1149]dan Muslim 16/141 [no 6478] :
حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ أَبِى حَيَّانَ عَنْ أَبِى زُرْعَةَ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ لِبِلاَلٍ عِنْدَ صَلاَةِ الْفَجْرِ « يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِى بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِى الإِسْلاَمِ ، فَإِنِّى سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَىَّ فِى الْجَنَّةِ » . قَالَ مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِى أَنِّى لَمْ أَتَطَهَّرْ طُهُورًا فِى سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِى أَنْ أُصَلِّىَ . قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ دَفَّ نَعْلَيْكَ يَعْنِى تَحْرِيكَ
Maksudnya :
Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal ketika solat Subuh : Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan disisimu dalam Islam, Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam Syurga. Jawab Bilal: Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan disisiku, aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut, dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat.

Manakala tentang solat sunat wuduk, ia bukan solat sunat qabliah. Solat sunat wuduk adalah merupakan solat sunat lain. Ia disunatkan selepas seseorang mengambil wuduk.
Dalam hal ini al-Nawawi ada menjelaskan :
ثم أفضل الصلوات بعد الرواتب والتراويح الضحى ثم ما يتعلق بفعل كركعتي الطواف إذا لم نوجبهما وركعتي الاحرام وتحية المسجد ثم سنة الوضوء
Maksudnya :
Kemudian yang solat paling afdal selepas sunat rawatib [sunat qabliah atau ba’diyah], dan tarawih ialah solat duha, kemudian apa yang berkaitan dengan sesuatu perbuatan seperti dua rakaat tawaf jika kita tidak berpendapat mewajibkannya, dua rakaat ihram, tahiyyat masjid dan kemudian sunat wuduk” [al-Majmuk jil.4, hlm. 26]
_____________________________
Sumber: hafizfirdaus.com | soalsolatumum.blogspot.com | wikipedia melayu

Related

solat sunat 3369721030378545819

Post a Comment

emo-but-icon

IKLAN PENAJA

TuneTalk ToneExcel
bisnesssempoi.com - exp: 281114

Komen

Sila klik di http://www.ohdunia.my/p/komen.html



Arkib

Text Widget

Connect Us

item