Terkini Berita Kehilangan Pesawat MH370 | Peta Laman | Komen | Exchange Link | Backlink | Jawatan Kosong Contact Us | Disclaimer | Privacy Policy
Terkini ►

Kalau Naik Bas, Jangan Cari Pemandu Mabuk

“Kita perlu pilih hok molek. Kalau memandu bas, kena guna pemandu yang tidak mabuk supaya perjalanan selamat sampai, kalau pakai pemandu yang mabuk, walaupun 40 penumpang itu sedang berzikir, berzanji, berselawat, perjalanan tetap tidak selamat sebab semuanya bergantung pada pemandu,"

KOTA BHARU - 23 Mac 2013 - Rakyat negeri ini dinasihatkan pilih pemimpin yang tepat untuk mendidik masyarakat dan menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah jati diri yang berguna.

Penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemilihan pemimpin yang tepat adalah sangat diperlukan dalam menentukan masa depan anak muda terutamanya di Kelantan.

“Kita perlu pilih hok molek (yang elok). Kalau memandu bas, kena guna pemandu yang tidak mabuk supaya perjalanan selamat sampai, kalau pakai pemandu yang mabuk, walaupun 40 penumpang itu sedang berzikir, berzanji, berselawat, perjalanan tetap tidak selamat sebab semuanya bergantung pada pemandu," katanya.

Ustaz Azhar berkata demikian pada Program Haflah Ilmu Anak Muda Kelate yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam kelmarin. Moderator jemputan, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang mengelola majlis tersebut yang berlangsung hampir empat jam dengan dihadiri lebih 50,000 rakyat negeri ini.

Turut memeriahkan majlis, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir untuk solat maghrib berjemaah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood, dan Timbalannya, Ustaz Latiff Abdul Rahman serta beberapa ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud turut menyampaikan kuliah maghrib sebelum majlis bermula.

Kata Ustaz Azhar Idrus, seseorang pemimpin akan menentukan sesebuah masyarakat, bukan orang lain, sama juga dengan masalah remaja sekarang, kalau di rumah, semuanya tanggungjawab ibu bapa, tetapi apabila selangkah mereka keluar dari rumah, semuanya adalah tanggungjawab kerajaan.

Perkara tersebut turut disokong Ustaz Haslin Bollywood yang berpendapat anak muda sekarang perlu memilih jalan yang betul untuk memastikan ilmu dunia dan akhirat dapat diseimbangkan.

“Kita mesti seimbangkan perkara tersebut, sebab itu saya menggunakan inisiatif memberi ilmu sambil berhibur sebab saya tahu anak muda memang tidak boleh lari dari hiburan.

“Apa yang penting, kita mesti seimbangkan perkara ini, dengan hiburan pelbagai perkara kita boleh lakukan, jangan hanya anggap hiburan itu sebagai satu perkara yang tidak elok, anak muda memang suka berhibur, maka carilah ilmu walau dalam apa cara sekalipun,” katanya.

Kedua-dua panel tersebut juga turut berpendapat ibu bapa merupakan tunjang utama pembentukan anak-anak muda terutamanya pada zaman serba moden ini.

Dalam majlis yang sama, hadirin turut disajikan dengan tayangan video penderitaan rakyat syria dan Pelancaran Tabung Syria, Palestin dan Tabung Wira Lahad Datu serta pelancaran radio Wau.fm sebelum bual bicara dimulakan.
//-- sinar harian
L'AROME SERUM AJAIB: 230314
ezybuzz hosting
Written by: Admin on Sunday, March 24, 2013
Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 Komentar untuk "Kalau Naik Bas, Jangan Cari Pemandu Mabuk"

tenku butang said...

betui2.. setuju.. teman pernah naik bus yg pemandu nya baru bangun tido n kepala tingtong lagi.. aduuuii seram sejuk badan takut x sampai kg.. zikir n doa x lepas dari mulut.. risauuu!

he2.. dh follow sini, hari 2 dh singgah tp nk follow cari butorn follow x jumpa.. rupanya kat bawah sekali.. sorryyy.. =)

btw.. nice blog awk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
JENAYAH SANA SINI
ISU SEMASA

EDISI PELIK

KONSPIRASI DUNIA

NUR HIDAYAH

Jam Tangan Lelaki, Wanita dan Kanak-Kanak Berkualiti Pelbagai Jenama di LazadaLaptop Pelbagai Jenama di LazadaTelefon Pintar, Tablet dan Gadjet Pelbagai Pilihan di LazadaKamera Digital Pelbagai Pilihan di LazadaPeralatan Dapur Pelbagai Pilihan di LazadaTV dan Peralatan Elektronik Pelbagai Pilihan di Lazada
BERITA & INFORMASI

BERITA GLOBAL

RAGAM MANUSIA

KESESATAN SYIAH

DUNIA ARTIS

FaceookGoogle+TwitterLinkeDinEmail