Terkini Berita Kehilangan Pesawat MH370 | Peta Laman | Komen | Exchange Link | Backlink | Jawatan Kosong Contact Us | Disclaimer | Privacy Policy
Terkini ►

Kisah Ulat Merah Yang Berkata-Kata Kepada Nabi Daud A.S.


Sebagai seorang manusia, kita juga tidak terlepas dari mempunyai sikap suka memandang rendah terhadap orang lain. Namun sikap itu sebenarnya boleh dibendung. Kisah pada kali ini adalah tentang Nabi Daud A.S. yang bertanya kepada ulat merah tentang apakah yang dilakukannya setiap hari.

Dengan izin Allah, ulat itu mampu berkata-kata. Namun setelah mendengar kata-kata ulat tersebut, Nabi Daud terus bertaubat kepada Allah SWT. Mengapa ya?

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Wa Allahu'alam.
L'AROME SERUM AJAIB: 230314
ezybuzz hosting
Written by: Admin on Sunday, March 10, 2013
Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Belum ada komentar untuk "Kisah Ulat Merah Yang Berkata-Kata Kepada Nabi Daud A.S."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
JENAYAH SANA SINI
ISU SEMASA

EDISI PELIK

KONSPIRASI DUNIA

NUR HIDAYAH

Jam Tangan Lelaki, Wanita dan Kanak-Kanak Berkualiti Pelbagai Jenama di LazadaLaptop Pelbagai Jenama di LazadaTelefon Pintar, Tablet dan Gadjet Pelbagai Pilihan di LazadaKamera Digital Pelbagai Pilihan di LazadaPeralatan Dapur Pelbagai Pilihan di LazadaTV dan Peralatan Elektronik Pelbagai Pilihan di Lazada
BERITA & INFORMASI

BERITA GLOBAL

RAGAM MANUSIA

KESESATAN SYIAH

DUNIA ARTIS

FaceookGoogle+TwitterLinkeDinEmail