Header Ads

  • Terkini

    Anjing Mirip Seekor Khinzir Di China


    “kulit berwarna merah jambu seolah-olah ia kelihatan seperti sejenis babi yang gagal dari eksperimen genetik”

    Baka anjing pelik telah dilihat merayau di sekitar jalan-jalan Xinxiang di Wilayah Henan, Tengah China, mencetuskan kebimbangan dimana ia telah terlepas dari sebuah pusat penyelidikan perubatan yang berdekatan.

    Dengan kulit berwarna pelik dan badan tidak berbulu, ramai pemerhati berspekulasi bahawa baka yang jarang dilihat ini mungkin dari jenis babi mutan pelik.

    Walau bagaimanapun ia kelihatan pelik dengan rerambut berbulu putih di kepala, ekor merekot dan taring ganjil tetapi ada yang melihatnya seperti seekor kuda mini.

    Seorang saksi berkata, “kulit berwarna merah jambu seolah-olah ia kelihatan seperti sejenis babi yang gagal dari eksperimen genetik”.

    Bagaimanapun, polis telah menafikan haiwan itu adalah subjek eksperimen genetik – mengesahkan ia adalah sebenarnya satu baka yang dikenali sebagai anjing crested Cina yang tidak berbulu.

    “Ia sudah tentu anjing, dan ia agak mahal”, kata seorang jurucakap.

    Baka asing kerap ditampilkan sebagai saingan dalam Pertandingan Tahunan Dunia Anjing Paling Hodoh yang diadakan di California.
    sumber: orange.co.uk
    Tiada Hakcipta. Sila Copy Dan Sumber Letak Link | waazin.blogspot.com | Sejak Nov-2012

    3 comments:

    1. salam...terima kasih sudi share....

      ReplyDelete
    2. kenapa ada verication code kalau nak komen..????erm..

      ReplyDelete
      Replies
      1. waalaikummusalam... ok. verification code dah disable... :-)

        Delete

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad