Terkini


Bakar Diri Sendiri Kerana Marah Dan Kecewa (5 Foto)

Bakar Diri Sendiri Kerana Marah Dan Kecewa

Pelik dan hairan memikirkan gelagat sesetengah manusia yang bertindak bodoh dan tak masuk akal. Ibarat kata pepatah Melayu, "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".Itu kira oklah, sebab bakar kelambu, tapi dalam kes ni, marah dan kecewa dengan orang lain, tapi bakar diri sendiri sampai mati sebagai tanda protes.

Kejadian ini berlaku di India dan jika kita lihat dari gambar, yang peliknya, orang ramai yang menyakiskan kejadian ini, hanya melihat sahaja tanpa cuba membantu memadamkan api yang sedang membakar badan lelaki berkenaan.

Mereka seolah-olah menonton pertunjukan silap mata. Api dipadamkan hanya setelah anggota penyelamat tiba Kejadian ini betul-betul tak masuk akal !.. Api dipadamkan hanya setelah anggota penyelamat datang.


------------------------

NEW DELHI - Lima sekeluarga nekad membakar diri selepas gagal mempertahankan kediaman mereka dari dirobohkan pihak pemaju.

Dipetik MailOnline, Bharat Mansingh, 40, dilaporkan meninggal dunia selepas melecur keseluruhan anggota akibat membakar diri di tengah bangunan pihak berkuasa tempatan dalam bandar Rajkot, barat laut India.


Ahli keluarganya yang turut membakar diri adalah Rekha, Asha, Vasumati dan Girish Mansingh yang kini sedang menerima rawatan.

Pegawai tempatan berkata, mangsa membakar diri sebelum menyimbah minyak tanah ke badan masing-masing kerana gagal mencapai kata sepakat dengan pihak pemaju.


"Mereka kecewa kerana pemaju berkeras merobohkan kediaman itu tanpa membayar ganti rugi," katanya.

Minggu lalu, syarikat Rajkot Municipal Corporation keluarkan amaran untuk merobohkan kediaman di Chotu Nagar bagi membangunkan kawasan perniagaan baru.

Difahamkan, keluarga Mansingh telah menetap di kawasan itu selepas berhijrah dari Nepal lebih 10 tahun lalu.

//-- sinarharian | deccanchronicle.com -- 

No comments