Terkini


Bill Gates Dan Fakta Kekayaannya

Bill Gates Dan Fakta Kekayaannya

Lebih dikenali dengan nama Bill Gates, William Henry Gates III lahir 28 Oktober 1955 adalah seorang tokoh terhebat dalam revolusi komputer. Beliau adalah pengasas bersama Microsoft Inc, perusahaan software yang diusahakan bersama Paul Allen.

Bill Gates yang tersenarai dikalangan orang-orang terkaya di dunia dan diisytiharkan sebagai manusia terkaya di Planet bumi pada 1995 hingga 2009, meskipun pada 2008 kedudukan tersebut menurun sebagai orang ketiga terkaya selepas Warran Buffett dan Carlos Slim Helu. menurut Forbes.

Pada bulan Januari 2000, Gates mengundurkan diri sebagai eksekutif tertinggi Microsoft, untuk memberi komitmen sepenuh masa pada badan amal ‘Bill & Melinda Gates Foundation’. Namun beliau masih lagi ketua arkitek software dalam Microsoft Inc.

Anak kedua dari tiga beradik ini dilahirkan dari pasangan William Henry Gates Sr., seorang peguam, dan Mary Maxwell, pegawai Interstate Bank, Pacific Northwest Bell. Gates belajar di Lakeside School, sekolah elit yang paling unggul di Seattle.

Kemampuan komputer Bill Gates sudah diakui sejak masih bersekolah di Lakeside. Bermula dengan menggodam komputer sekolah, mengubah jadual, dan penempatan pelajar. Tahun 1968, Bill Gates, Paul Allen, dan dua hackers lain telah diupah oleh Computer Center Corp. untuk menjadi ‘penguji’ sistem keselamatan perusahaan tersebut. Sebagai balasan, mereka diberi kebebasan untuk menggunakan komputer syarikat. Menurut Bill Gates waktu itu lah mereka benar- benar dapat "memasuki" komputer.

Sejak itu, kemahiran computer Bill Gates semakin terserlah. Dan dengan mencipta program sistem pembayaran untuk Information Science Inc, merupakan bisnes pertama mereka. Kemudian bersama Paul Ellen mendirikan perusahaan pertama yang disebut Traf-O-Data.

Disinilah mereka mula mengembangkan kemampuan menuju pembentukan Microsoft. Meskipun dilabel sebagai ‘College drop-out’, sewaktu di Harvard kerana gagal mencapai keputusan yang baik dalam pengajian undang-undang. Namun semasa belajar di Harvard, Bill Gates dan Paul Allen telah menulis program Altair BASIC untuk Altair 8800 pada pertengahan 1970. Altair merupakan komputer peribadi pertama yang berjaya.

Kejayaan tersebut menjadi inspirasi untuk Gates dan Allen mencipta Microsoft BASIC, bahasa komputer terjemahan utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang menjadi kunci pada kejayaan Microsoft.

Sejak Microsoft ditubuhkan pada tahun 1975, Bill Gates bekerja 14 jam tiap hari, dan semasa membangunkan system operasi Windows untuk pertama kalinya Bill Gates hanya tidur 8 jam dalam seminggu.

“Setiap cerita kejayaan, bermula dengan impian” itulah ungkapan Bill Gates yang paling popular, Disebalik kejayaan Bill Gates sebenarnya beliau melalui kepayahan dan keperitan, bahkan pernah dianggap sebagai orang yang kurang siuman dan menjengkelkan. Semuanya kerana ‘kegilaannya’ terhadap komputer dan teknologi.

Bertitik tolak dari semua itu, Bill Gates pernah dinobat sebagai usahawan muda terkaya di dunia, bila kekayaannya mencapai berbillion-billion dollar, dan kekayaan tersebut terus meningkat. Berdasarkan kiraan matematik, pendapatan Bill Gates ialah 300 US dollar setiap saat.

Jika dikira dalam Ringgit Malaysia, pendapatannya ialah : 1 saat = RM960 ; 1 minit = RM57,600 ; 1 jam = RM3.4 juta ; 1 hari = RM483 juta

Ketika berusia 41 tahun, Bill Gates berkahwin dengan Melinda French pada 1 Januari 1994. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Jennifer Katharine Gates (1996), Rory John Gates (1999) and Phoebe Adele Gates (2002).

Berikut ini, beberapa fakta tentang kekayaan Bill Gates.

1. Bill Gates menghasilkan US$250 setiap saat,sekitar US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun!

2. Jika dia kehilangan atau hilang US$1.000, dia tidak perlu susah2 lagi untuk mengambilnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengambil, dia sudah memperoleh penghasilan dalam jumlah yang sama.

3. Hutang nasional Amerika sekitar US$5.62 trilion, jika Bill Gates akan membayar sendiri hutang itu, dia dapat melangsaikannya dalam waktu kurang dari 10 tahun.

4. Jika Bill Gates dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi dia tetap dapat menyimpan US$5 juta sebagai wang sakunya.

5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.

6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara terkaya didunia iaitu ke 37 atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, bahkan melebihi kekayaan IBM.

7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1400 tahun dan menggunakan sejumlah 713 buah pesawat Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.

8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita merumuskan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta per hari untuk menghabiskan semua wang sebelum dia mampus! (bahasa kasar sikit sebab jeles tengok dia kaya)hehe

9. Akan Tetapi! Jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun!

sumber: http://berita-harian-online.com
Tiada Hakcipta. Jika Nak Copy, Letakkan Sumber Pautan | waazin.blogspot.com - Sejak Nov-2012

1 comment:

  1. yang ke9 tu sangat2 menakutkan. dah lama kan dia bersusah payah dia bersengkang mata untuk menghasilkan mcrosoft. harap2 selamat dan tidak akan terjadi no9.

    ReplyDelete