728x90 AdSpace

Terkini


Dipost pada: 27 Apr 2013

Contoh Esei Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013

Ini adalah contoh Contoh Esei Tugasan 2 (elemen 3) Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013. Adik-adik diingatkan jangan meniru bulat-bulat esei ini. Jadikannya sebagai panduan sahaja. Sila baca panduan membuat Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013 di pautan ini.

Soalan:
Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.

Jawapan:
Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia secara umumnya bermula dari kawasan luar bandar. Bagi masyarakat Melayu, kegiatan ekonomi tradisional biasanya lebih berbentuk kepada eonomi sara diri. Sebagai contohnya, keperluan asas ekonomi petani dan nelayan adalah secukup hidup iaitu untuk menyara keluarga sendiri. Kerajaan telah lama membantu dan mengalakkan rakyat dalam mengusahakan ekonomi tradisional. Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional, pengusaha akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti kesukaran mendapat bahan, kekurangan tenaga kerja, dan modal. Oleh itu, pengusaha perlu berdikari dan tabah menghadapi cabaran tersebut.



Kegiatan ekonomi tradisional sememangnya dapat memperkukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Melalui kegiatan tersebut pihak yang terlibat telah menunjukkan nilai rajin dan gigih. Hal ini kerana mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti sebelum mendapatkan hasil.

Sebagai contoh dalam kegiatan cencalok dan belacan, pengusaha perlu mendapatkan bekalan udang geragau yang secukupnya untuk menghasilkan produk keluaran mereka.

Dalam mengusahakan kegiatan ini, semangat kerjasama dan bermuafakat dapat dihidupkan. Nilai bersatu padu dan berharmoni ditonjolkan oleh para pengusaha sewaktu proses produk keluaran mereka. Sikap kerjasama dan tolong menolong ini haruslah menjadi ikutan para generasi muda sekarang. Amalan ini akan dapat memupuk semangat nasionalisme yang tinggi bagi menjamin kedaulatan Negara.

Masyarakat Malaysia kaya dengan sifat-sifat terpuji. Mereka hidup saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti harian. Kesempurnaan kerja diperoleh apabila mereka sentiasa bersefahaman dan bermuafakat menjayakan sesuatu kerja. Hasilnya keutuhan negara semakin mantap dan gah di mata dunia.

Kita perlu bersyukur sebagai warganegara kerana negara kita aman dan makmur .Keadaan ini membolehkan kita menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa ada perasaan takut dan bimbang. Seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat, bangsa dan negara.


-----------------------------------------------------------------------------------
tags: Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013,  Folio Sejarah PMR 2013, Esei Folio Sejarah PMR 2013,
Kerja Kursus Sejarah PMR 2013, Panduan Kerja Kursus Sejarah PMR 2013


  1. Folio Sejarah PMR 2013 - Contoh Penghargaan Dan Objektif Kajian ...

    Alexa Traffic Rank for http://waazin.blogspot.com/2013/04/folio-sejarah-pmr-2013-contoh.html: 160,109waazin.blogspot.com/.../folio-sejarah-pmr-20...


    Translate this page
    7 days ago – Contoh Esei Penghargaan Dan Objektif Kajian Untuk Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013. Panduan Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR ...
    You +1'd this

  2. Contoh Esei Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013 | Waazin

    Alexa Traffic Rank for http://waazin.blogspot.com/2013/04/contoh-esei-kerja-kursus-folio-sejarah.html: 160,109waazin.blogspot.com/2013/.../contoh-esei-ker...

    Translate this page
    3 days ago – Ini adalah contoh Contoh Esei Tugasan 2, Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013. Adik-adik diingatkan jangan meniru bulat-bulat esei ini.
Tiada Hakcipta. Jika Salin - Letakkan Sumber Pautan | waazin.blogspot.com | Sejak Nov - 2012

KONGSI ARTIKEL:
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

24 comment(s):

  1. as slm..
    nak tanye bleh x??
    mcm mne nak buat kaedah kajian..
    tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AS SALAM mcmmane nk buat latar belakang terima kasih

      Delete
    2. AS SALAM mcmmane nak buat latar belakang and objektif kajian

      Delete
    3. Waalaikummusalam, sila rujuk contoh di sini: http://waazin.blogspot.com/2013/04/folio-sejarah-pmr-2013-contoh.html

      Delete
    4. salam...boleh x tlg ksikan contoh kegiatan ekonomi tu...contoh mcm cencaluk tu

      Delete
    5. tengss,,,,, klu x ubah x leh ke??

      Delete
  2. thank you . betmanfaat sngt :D terimakasih :D

    ReplyDelete
  3. klu tiru ni bleh x ?

    ReplyDelete
  4. Terimaaa kasihhh

    ReplyDelete
  5. elemen 1 mcm mne nk buat?? sye x fhm..

    ReplyDelete
  6. esei mesti perlu berapa nilai?

    ReplyDelete
  7. a'skum nk tnye, lampiran dy nk gmbar, peta, dokumen dn bhan-2 lain kan ? cri kt mna ya ? sila reply :) tq.

    ReplyDelete
  8. as salam nak tanya macam mana nak tulis rujukan tu .. boleh rujukan internet kan? macam mana format tulis yg betul?

    ReplyDelete
  9. susah nyaa .

    ReplyDelete
  10. cam ne nk uad elemen 3?? xpndai lar nk uad cm ne.. plizzz

    ReplyDelete
  11. pnjg nya esei na kna salin
    !

    ReplyDelete
  12. rumusan acano nak wat

    ReplyDelete
  13. sangt brguna .. trima ksih ;)

    ReplyDelete
  14. very good..helped me so much...helped me from doing again my folio.thank u sooo much.

    ReplyDelete
  15. askm..saya nak tanye sikit...kalau wat dlm 1 perenggan je x bleh ker...esei tu same jelah cam wat karangan biasa jer kan..:>

    ReplyDelete
  16. askm..saye nk tanye psl esei ni....blh ker wat dlm 1 perenggan aje..dia kira cam same je lah mcm wat krngan biasa kan...t.kasih..wslm ;)

    ReplyDelete

Item Reviewed: Contoh Esei Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013 Description: Ini adalah contoh Contoh Esei Tugasan 2 (elemen 3), Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013. Soalan: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuhkan semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. Adik-adik diingatkan jangan meniru bulat-bulat esei ini. Jadikannya sebagai panduan sahaja. Sila baca panduan membuat Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013 di pautan ini. Rating: 5 Reviewed By: Waazin Aiman
Scroll to Top