Terkini


Enam Faktor Untuk Belajar Dengan Berkesan

Enam Faktor Untuk Belajar Dengan Berkesan
Bagi pelajar, tidak kira di peringkat sekolah rendah, menengah atau universiti, mentelaah pelajaran tidak dapat dielakkan, kerana di akhirnya anda perlu mengambil ujian dan peperiksaan. Mungkin lain orang, lain cara mereka belajar mengikut kesesuaian masing-masing, walaupun cara yang diamalkan itu tidak semestinya yang terbaik. Apa yang penting, pada akhirnya anda faham dan ingat apa yang ditelaah atau diulangkaji. Konsep sesuatu teori perlulah difahami yang betul.

Secara amnya, terdapat 6 faktor mudah yang mesti diambilkira sebagai asas dalam sesuatu proses pembelajaran yang ingin dikongsikan di sini.

1. Ruang

Untuk belajar dengan selesa dan mudah mengingati apa yang dipelajari, anda memerlukan ruang belajar yang sesuai dan kondusif (merangsang) secara fizikal dan mental.

Ruang belajar - satu faktor penting untuk belajar dengan berkesan

Apabila ruang belajar selesa, otak pun mudah menerima pelajaran dan proses pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.

2. Tempat

Wujudkan satu zon tempat belajar atau kerja untuk diri sendiri sahaja, sama ada anda pilih satu sudut di dalam bilik atau lain-lain tempat yang dirasakan selesa dan tiada gangguan semasa mentelaah pelajaran.

Tempat belajar  - selesa dan tenang

Jangan sekali-kali belajar sambil duduk atau berbaring di atas katil kerana akhirnya anda akan terlelap.

3. Kadar Kecepatan

Kadar Kecepatan BelajarManusia tak sama dari segi kadar kecepatan memahami atau mempelajari sesuatu perkara itu. Jadi, ikutlah kadar kecepatan masing-masing. Sesetengahnya suka buat kerja cepat-cepat sehingga selesai, lepas itu rehat.

Sesetengah yang lain pula suka buat kerja secara maraton (perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama) untuk menyiapkan sesuatu kerja atau memahami sesuatu perkara.

Sebenarnya, tidak ada cara yang salah atau betul, asalkan ia bersesuaian dengan diri anda. Anda juga boleh mengubahsuai kadar kecepatan belajar ini mengikut keperluan masing-masing.

4. Memori (Daya Ingatan)
Memori (Daya Ingatan)
Anda sendiri perlu menilai tahap kekuatan memori atau daya ingatan anda. Sesetengah orang ingat semua
apa yang didengar atau dibacanya, tetapi bagi sesetengah yang lain pula cuma ingat yang pangkal dan hujung saja tetapi lupa yang di tengah-tengahnya.

Oleh itu, sesuaikan tahap daya ingatan anda dengan cara pembelajaran anda. Daya ingatan sebenarnya boleh diasah dengan selalu mengingati atau membayangkannya di dalam minda dan dipraktiskan selalu sehingga daya ingatan anda menjadi kuat dan cergas.

Daya ingatan juga boleh dikuatkan dengan permainan yang menggunakan ingatan seperti soduko, silang kata dan sebagainya, ataupun menghafal surah-surah pendek dalam Al-Quran.

5. Kaedah Belajar


Kaedah belajar juga penting bagi melancarkan proses pembelajaran anda seperti membuat perancangan belajar yang betul dan sesuai. Contohnya, satu tajuk besar di bahagi-bahagikan kepada beberapa topik tertentu supaya mudah dipelajari.

Cuba cari satu atau dua kata kunci yang mudah mengingatkan anda atau mudah dikaitkan dengan sesuatu topik tersebut. Cara ini adalah berkesan untuk mengingat sesuatu topik atau fakta yang banyak dan hampir sama.

6. Peta Minda

Peta minda ialah diagram (rajah) beserta perkataan ringkas yang merangkumi sesuatu idea atau topik. Peta minda ini membolehkan anda membayangkan informasi yang dilakarkan dalam bentuk rajah dengan fakta ringkas. Anda boleh mencipta peta minda sendiri untuk sesuatu topik, tidak perlu menggunakan peta minda orang lain walaupun bagi topik yang sama.

Peta Minda

Gunakan perkataan asas yang ringkas di tengah-tengah sebagai pangkalnya, kemudian dari situ buat lakaran cabang-cabang bagi setiap kategori yang berkaitan. Dari cabang-cabang ini pula boleh dibuat cabang-cabang yang lebih kecil (ranting-ranting) sehingga keseluruhan idea atau fakta bagi sesuatu topik itu dapat dirangkumkan dalam satu diagram.

Peta minda ini dapat memudahkan anda mengingati informasi atau fakta dengan lebih berkesan dan tepat berbanding dengan cara lama iaitu cara penyenaraian fakta.

Sumber: http://www.dummies.com/how-to/content/how-to-study-in-six-simple-steps.pageCd-storyboard,pageNum-1.html#slideshow

waazin.blogspot.com | Sejak Nov - 2012

9 comments:

  1. Nice info..... sy dah nak exam ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Tak dinafikan, peta minda memang antara kaedah belajar yg terbaik. Time study, penuh meja dgn pen warna wrni, nak buat peta minda pnya psal ^_^

    Masa study pun mempengaruhi juga kan waazin. Ada yg prefer study lewat mlm, sblm subuh atau lewat petang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam.. ehm.. betul tu, kena tmbah lagi 1.. jadi 7 faktor :-)

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. memang setuju dgn point yang mgatakan bhwa lain orang lain caranya..

    sekadar berkongsi pengalaman cara saya belajar sewaktu di kampus dahulu (:

    tumpuan dalam kelas juga penting dalam proses belajar dengan berkesan..pada saya, dengan tumpuan itu menandakan kita hormati guru/pensyarah kita..mudah2an membawa berkat dalam kita menerima ilmu dan memudahkan kita memahami ilmu..dan time guru/pensyarah bagi penerangan jangan dengar semata2 tapi take note point2 yg penting juga contoh2 yang diberikan..

    saya memang jenis tak suka buat study group..time di kampus dulu dekat2 nak exam, kawan2 selalu ajak buat study group tapi ditolak kerana saya tahu sangat kalau dah berkumpul ramai2 tu susah nak tumpu perhatian, lebih bersembang je nanti..hehehe~ jadi saya lebih suka study secara individu..port paling fav adalah di bilik TV..time iklan baca notes, time drama/rancangan tv ditayangkan kita stop..tapi tak semua orang boleh belajar depan TV..

    dan lagi saya memang tak boleh lari dari study last minute..awal2 je 'insaf' cakap pada diri nak study awal2 tapi last2 hampeh..hehehe~ biasanya kalau nak dekat exam tu la baru sebok2 nak buat notes lepas boleh hang out lagi dgn kawan2 [jangan tiru gaya study seperti ini..sangat2 bahaya!] ..

    short notes dan peta minda memang sangat2 membantu..guna pen warna-warni utk buat notes n peta minda ya..lebih menarik dan tidak membosankan utk kita menelaah semula notes tersebut..

    walau bagaimanapun, gunalah apa2 cara belajar sekalipun yang penting kita berusaha dan selalu berdoa semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam menuntut ilmu (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lah bagi komen panjang2.. dah boleh buat entri baru ni.. hehe..

      Delete
    2. maklum la saya memang suka buat esei..adehh! sori terpanjang lak komen..heheeh~

      Delete
    3. bagus2.. boleh la jadi cikgu part time.. (^_^)

      Delete