Terkini


Fenonema Kelahiran Yang Unik dan Pelik Di Dunia

Berikut ini dipaparkan 8 fenomena kelahiran yang unik dan pelik pernah berlaku di seluruh dunia. Semuanya berlaku atas kehendakNya. Fenomena-fenomena  kelahiran ini memang tidak pernah kita terfikir sebelum ini..

Bayi Terkecil (8.6 auns)

Bayi Terkecil Di Dunia


Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 auns. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari.

Ibu Termuda Dunia (5 tahun)

Ibu Termuda Dunia (5 tahun)

Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 Mei 1939. Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walau bagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7 kg.


Ibu Lelaki Pertama Dunia

Ibu Lelaki Pertama Dunia

Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui permanian beradas (artificial insemination).

Kembar Hitam Dan Putih

Kembar Hitam Dan Putih

Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengankulit dan warna mata yang berbezaMarcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya.

Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)

Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)

Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization.

Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun)

Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun)

Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun.

Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan

Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan

Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention).

Ibu Bapa Hitam Dan Anak Putih

Ibu Bapa Hitam Dan Anak Putih

Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuanberkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yang mengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikan setiap gosip ketidaksetiaan si isteri. Kes yang lebih kurang serupa seperti Jennifer Stweart.

Tiada Hakcipta. Boleh Salin Dan Letakkan Sumber Pautan | waazin.blogspot.com | Sejak Nov-2012

2 comments:

  1. pergh... dasyat yg beranak ramai 2.. 8 org tuuuu.. fuhhh.. tp meriahh.. suka sgt tgkk

    ReplyDelete
  2. macam2 la kehidupan di dunia nie..

    ReplyDelete