Terkini


Sebanyak 251 Masjid di Palestin Dibom Yahudi Sejak 2008

Sebanyak 251 Masjid di Palestin Dibom Yahudi Sejak 2008

Masjid Al-Nasr, masjid tertua di Gaza menjadi mangsa bedilan kereta kebal Israel dan musnah pada penghujung 2006.

Masjid yang menjadi mercu tanda Bandar Beit Hanoun yang terletak di Utara Gaza diserang oleh tentera Israel selepas ia dikatakan menjadi markas kepada 120 Mujahidin ketika itu.

Dibina pada 129 Masihi, Masjid An-Nasr merupakan antara masjid untuk kemudahan lebih 45,000 penduduk di bandar tersebut.

Masjid Umar Abdul Aziz sudah 70 peratus siap.
Masjid Umar Abdul Aziz sudah 70 peratus siap. (Feb 2013)

Sehingga kini difahamkan bandar Beit Hanoun antara kawasan paling kritikal di Gaza kerana sering menjadi sasaran mudah tentera Israel.

Masjid Al-Nasr dibina kembali sepenuhnya sumbangan rakyat Malaysia.
Masjid Al-Nasr dibina kembali sepenuhnya sumbangan rakyat Malaysia.
Ramai mujahid dilahirkan di bandar itu termasuklah Komandan Pertama Briged Al-Qasam, Syed Solah Syahadah yang gugur syahid selepas rumahnya dibedil oleh dengan roket Israel. Ia turut mengorbankan isteri serta 15 jirannya.

Dewan solat Masjid Al-Nasr.
Dewan solat Masjid Al-Nasr.
Muazin masjid itu, Mahmud Hassan Al-Kafar, 43, berkata, kezaliman Israel juga bukan setakat itu, malah sebuah jambatan utama menuju ke bandar itu juga sering menjadi sasaran Israel dalam usaha melumpuhkan bandar tersebut yang terkenal dengan ramai para mujahidnya.

Pintu masuk ke Bandar Beit Hanoun.
Pintu masuk ke Bandar Beit Hanoun.
“Israel sengaja memusnahkan apa sahaja dalam usaha menakut-nakutkan penduduk Gaza agar tidak menentang mereka. Ini termasuklah menaikan belon yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup untuk memantau aktiviti penduduk di Beit Honoum,” katanya kepada Sinar Harian.

Kanak-kanak Palestin Beit Hanoun meluangkan waktu senggang.
Kanak-kanak Palestin Beit Hanoun meluangkan waktu senggang.
Difahamkan di kawasan sekitar masjid turut dijadikan makam kepada lebih 500 syuhadah yang gugur syahid sebelum ini.

Kanak-kanak Beit Hanoun mengaji al-Quran di khemah sementara menanti Masjid Umar Abdul Aziz siap
Kanak-kanak Beit Hanoun mengaji al-Quran di khemah
sementara menanti Masjid Umar Abdul Aziz siap
Sementara itu hanya beberapa kilometer dari Masjid An-Nasr turut didirikan sebuah lagi masjid yang kini sedang dalam 70 peratus siap iaitu Masjid Umar Abdul Aziz.
Kesan kawah yang terbentuk akibat bedilan peluru Israel yang kini sedang dibaik pulih berhampiran Masjid Umar Abdul Aziz.
Kesan kawah yang terbentuk akibat bedilan peluru Israel yang
kini sedang dibaik pulih berhampiran Masjid Umar Abdul Aziz.
Atas inisiatif mahu membantu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) telah mengumpul dana untuk membina semula dua masjid yang musnah.

Hasilnya Masjid An –Nasr dapat digunakan kembali dengan kos pembinaan bernilai RM951,696 manakala Masjid Umar Abdul Aziz pula dijangka siap sepenuhnya Mac tahun ini yang boleh memuatkan 7,000 orang.

Penyelaras Mapim Selangor, Abdul Aziz Abu Bakar (kiri)
menyerahkan sumbangan kepada wakil Masjid Umar, Abdul Aziz.
Serangan Israel tidak berhenti setakat itu apabila sekali lagi Beit Hanoun menjadi sasaran bedilan roket Israel dalam siri peperangan pada 15 hingga 21 November lalu.

Sumber: sinarharian
Tiada Hakcipta. Boleh Salin - Letakkan Sumber Pautan | waazin.blogspot.com | Sejak Nov - 2012

2 comments:

  1. Jgn lupa bangsa Yahudi tu xde tempat kat muka bumi ni.. tapi tercatit dalam Al-quran. Memang tak boleh nak buat apa.. tapi We as a muslim kena support sedara kita kat sana.. :)

    ReplyDelete
  2. sangat zalim kaum yahudi.. :(

    ReplyDelete