Header Ads

  • Terkini

    Tutup Aurat Bukan Penghalang - Jangan Jadikan Alasan

    Tutup Aurat Bukan Penghalang - Jangan Jadikan Alasan
    Siapa cakap muslimah tak boleh bersukan?;Islam tidak melarang wanita dari bersukan dan melakukan aktiviti riadah.

    Wanita bertudung masih boleh melakukan banyak pergerakan atau aktiviti selagi tidak melanggar syariat agama. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berlumba lari dengan isterinya Saidatina Aisyah r.a.
    Di dalam sebuah hadis Aishah pernah menceritakan yang bermaksud : “Dia bersama Rasulullah saw di dalam satu perjalanan lalu Rasulullah saw berlumba dengan Aishah maka Aishah mendahului Rasulullah dan mengalahkan Baginda. Maka tatakala Aishah naik gemuk sedikit badannya di waktu itu Rasulullah saw mengalahkan Aishah pula di dalam perlumbaan itu. Maka bersabdalah Rasulullah saw : Ini adalah balasan dari yang lalu “. -Riwayat Ahmad dan Abu Daud
    Dan siapa cakap kalau nak bersukan atau beriadah kena buka aurat, kena pakai spender, kena telanjang? Gambar di bawah adalah buktinya...

    Siapa cakap sukan ekuestrian kena pakai seluar ketat?
    Ruqaya al-Ghasara tak perlu pakai spender sewaktu berlumba lari untuk meraih pingat emas di sukan Asia.  
    Tinju..
    angkat berat? seriously?
    wushu.. (psssttt.. comey..)
    main basketball pakai jubah.. apa ada hal..
    main bola sepak.. tak jadi masalah..
    ragbi! ok je..
    tak pakai bikini pun masih boleh berenang..
    tak pakai skirt pun boleh buat tarian ballet..
    lawan pedang..
    tahik kwando.. (tae kwan do)
    Ini paling awesome! ninja muslimah..
    err.. ni bersukan ke? tapi still hebat! berperang !...

    *Gambar-gambar disedut melalui google images. Ada banyak lagi... Boleh cari sendiri..

    Dah nampak? Tiada sebab dan alasan untuk tidak menutup aurat. Aurat itu hak Allah, bukan hak manusia. Siapa kita untuk kata 'belum bersedia' atau 'belum sampai seru' sedangkan arahan tu datang daripada ALLAH. Sudah-sudahlah memberi alasan tipikal tu.

    SZ : Lelaki pun sama.. Malu la sikit.. Perempuan pun boleh tutup aurat ketika bersukan walaupun aurat diorang lebih berat daripada kita..
    kredit: http://www.szlihin.com/2012/02/bukti-menutup-aurat-bukan-penghalang.html

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad