728x90 AdSpace

Terkini


Dipost pada: 2 May 2013

Kajian Novel Merenang Gelora - Watak Dan Perwatakan

Kajian Novel Merenang Gelora - Watak Dan Perwatakan

Kajian Novel Merenang Gelora (K2) - Bahasa Melayu Tingkatan 3 - PMR. Berikut ini adalah contoh garapan Watak Dan Perwatakan untuk novel Merenang Gelora.

Watak ialah pelaku atau pemegang peranan dalam sesebuah cereka. Manakala perwatakan pula merujuk kepada ciri-ciri fizikal (luaran) dan ciri-ciri peribadi (dalaman) seseorang itu.

Watak Utama

Badri
  • Anak sulung kepada Mak Siti, abang kepada Badrul.
  • Seorang pengawas sekolah
  • Berperawakan segak, berdedikasi dan berwibawa
  • Bertanggungjawab - sebagai seorang pengawas sekolah, Badri sedar dia harus menggalas tugas berat dan perlu menunjukkan perilaku yang baik
  • Berdisiplin - Badri tidak pernah melanggar peraturan sekolah
  • Menepati masa dan seorang yang sistematik - setiap hari, seawal pukul 6.40 pagi Badri sudah menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
  • Setia dalam persahabatan - Badri bersahabat baik dengan Jamil dan banyak membantunya dalam pelajaran.
  • Berani menghadapi cabaran - Badri tidak gentar apabila berdepan dengan pelajar yang berlagak samseng, suka melanggar peraturan, ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa di sekolah.
  • Rajin mengulang kaji pelajaran - mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.
  • Berpendirian teguh atau berprinsip - tidak mengendahkan usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.
Watak Sampingan

Shahrul
  • Salah seorang rakan Badri, anak orang berada
  • Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong
  • Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.
  • Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.
  • Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
  • Berprasangka buruk - menganggap Badri berlagak menjadi pengawas.
  • Panas baran - Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.
  • Mudah terpikat dengan gadis cantik - berani membawa keluar Nadira menunggang motosikal.
  • Mementingkan diri sendiri – Shahrul meninggalkan Nadira keseorangan ketika polis cuba menangkap rakan-rakan mat rempitnya.
  • Memperalat orang lain untuk tujuan jahatnya – Shahrul menyuruh Kumar untuk memasukkan sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama.
  • Pendendam – Shahrul meminta Din untuk memukul Badri bagi melepaskan dendamnya terhadap Badri.
Nadira
  •  Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.
  • Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.
  • Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.
  • Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
  • Ego dan sombong - bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah.
  • Tidak mendengar nasihat - Nadira enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang menegur tentang penampilannya.
  • Tidak menghormati orang lain – meninggikan suara ketika kakaknya menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.
  • Suka membazirkan masa – sering membazirkan masa dengan bersiar-siar dan melepak di kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.
Meng Kong
  • Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
  • Rakan kepada Shahrul dan Kumar
  • Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di sekolahnya.
  • Mata duitan atau materialistik - Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
  • Insaf akan kesalahan yang dilakukan - setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
  • Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.
Kumar
  • Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam perniagaan menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah.
  • Menyimbah air ke atas Badri semasa Badri di dalam tandas.
  • Benci dan marah terhadap Badrul yang menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani.
  • Mata duitan atau materialistik – Kumar bersama dua rakan karibnya Shahrul dan Meng Kong terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit dan kad prabayar untuk memperoleh wang lebih.
  • Mudah dipergunakan oleh orang lain – Kumar cuba memfitnah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama atas arahan Shahrul.
  • Insaf akan kesalahan yang dilakukan – Tidak mahu lagi dipergunakan oleh Shahrul. Sedar bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam pelajarn.
  • Berubah menjadi baik setelah beberapa kali diberi sesi kaunseling – mula akrab dengan Badri dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Jamil
  • Kawan baik kepada Badri. Menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas.
  • Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai dan kad prabayar yang dijalankan oleh Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
  • Menjauhkan diri daripada Badri setelah Badri mengetahui kegiatannya.
  • Kelurganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah mendapati dia mempunyai masalah dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
  • Insaf akan kesalahan yang dilakukan - berhenti daripada menjual barangan milik
  • Meng Kong setelah Meng Kong menuduhnya mencuri telefon bimbit.
Cikgu Jailani
  • Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.
  • Tegas - dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
  • Adil - mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas.
  • Rasional - menyelidiki kes Badri disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri.
  • Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.
Tiada Hakcipta. Jika Nak Copy, Letakkan Sumber Pautan | waazin.blogspot.com - Sejak Nov-2012

KONGSI ARTIKEL:
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comment(s):

Item Reviewed: Kajian Novel Merenang Gelora - Watak Dan Perwatakan Description: Kajian Novel Merenang Gelora (K2) - Bahasa Melayu Tingkatan 3 - PMR. Berikut ini adalah contoh garapan Watak Dan Perwatakan untuk novel Merenang Gelora. Watak ialah pelaku atau pemegang peranan dalam sesebuah cereka. Manakala perwatakan pula merujuk kepada ciri-ciri fizikal (luaran) dan ciri-ciri peribadi (dalaman) seseorang itu. Rating: 5 Reviewed By: Waazin Aiman
Scroll to Top