Fida Jamu Susuk Dara
Nadihah Double Stem Cell

42
Kerja Kursus / Folio Geografi PMR 2013 - Contoh Esei Lengkap

Contoh esei lengkap Kerja Kursus / Folio Geografi Kertas 2, PMR 2013, Tugasan 1 - Pengangkutan Awam, ini untuk adalah sebagai panduan untuk calon-calon PMR dalam menyiapkan kerja kursus masing-masing.

Tugasan ini mestilah dibuat mengikut panduan dan kriteria penskoran seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kertas soalan Kerja Kursus Geografi Kertas 2, PMR 2013 berserta Panduan Penskoran boleh di muat turun dengan menekan pada butang di bawah:
Tags: kerja kursus geografi tingkatan 3 2013, geografi pmr 2013, pengangkutan awam, contoh folio geografi pmr 2013, contoh kerja kursus geografi pmr 2013, folio kerja kursus geografi pmr 2013, pengangkutan awam di malaysia

SENARAI KANDUNGAN
Kerja Kursus / Folio Geografi PMR 2013 - Senarai Kandungan

1.0 PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dengan jayanya. In Sha Allah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Puan Hajjah Zaiton Binti Ismail kerana membenarkan saya menjalankan kerja kursus Geografi dengan jayanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Noorliza Abdul Karim iaitu guru geografi kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Hamidon Bin Amran dan bonda Jamilah Binti Hassan yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Sekian, terima kasih.

2.0 PENDAHULUAN

Tajuk kajian kerja kursus Geografi untuk Penilaian Menengah Rendah 2013 saya ialah Pengangkutan Awam di Taman Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Saya memilih kawasan kajian di Taman Saujana Impian, Kajang, Selangor kerana,
  • Kawasan kajian ini berdekatan dengan tempat tinggal saya. Ini memudahkan saya untuk mendapatkan fakta-fakta dan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kajian.
  • Kepesatan pembangunan di kawasan ini, memberikan impak kepada sistem pengaangkutan awam membuatkan saya teruja untuk memilih tempat ini sebagai kawasan kajian.
Tempoh masa yang saya ambil untuk menyiapkan kajian ini adalah selama 4 bulan iaitu bermula dari awal bulan Februari hingga penghujung bulan Mei, 2013.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:
  • Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu Saujana Impian,Kajang, Selangor.
  • Untuk menghuraikan dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruh jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.
  • Untuk mengetahuai dengan lebih jelas kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.
  • Untuk mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
  • Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi di kawasan kajian
Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti jenis-jenis pengangkutan yang ada dan sebab-sebab ia dibina.

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah, Saujana Impian, Kajang, Selangor. Kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Taman Saujana Impian, Kajang dimajukan oleh Syarikat Negara Properties Sdn Bhd. Kawasan ini terletak di tengah-tengah kawasan perbandaran yang begitu pesat membangun.

Pandang darat dari ciri budaya ialah kedai-kedai, taman perumahan, sekolah dan banyak lagi. Kawasan ini berada di kawasan tanah pamah dan beralun. Asal tapak perumahan ini adalah ladang getah yang dikenali sebagai Breamer Estate. Kini, Saujana Impian telah menjadi taman perumahan yang moden dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur.

Taman Saujana Impian terbahagi kepada beberapa sektor iaitu
  • Impian Jaya - Fasa 1 (Teres dua Tingkat) dan; Fasa 2 (semi D)
  • Impian Gemilang - Fasa 3A (semi D) Fasa 3B (teres dua tingkat))
  • Impian Indah - Fasa 4 (teres dua tingkat)
  • Impian Murni  -Fasa 5 (teres dua tingkat)
  • Impian Kasih - Fasa 5 (teres dua tingkat)
  • Impian Setia - Fasa 5 (teres dua tingkat)
  • Rumah kedai 3 tingkat
  • Impian Makmur - Fasa 7 (apartment kos rendah)
  • Impian Sejati - Fasa 5 (teres dua tingkat)
Jaringan Jalan Raya

Apa yang menarik tentang Saujana Impian ini adalah jaringan lebuhrayanya yang serba lengkap menghubungkan kawasan ini dengar bandar-bandar lain di sekitar Lembah Kelang khasnya dan di Malaysia amnya. Kawasan ini dihubungkan dengan jaringan lebuhraya seperti berikut;
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  • Lebuhraya KESAS
  • Lebuhraya Grand Saga
  • Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
  • KASEH - Kajang Seremban Highway yang dalam pembinaan
Selain jaringan lebuhraya yang telah disebutkan di atas, kedudukan Saujana Impian bersebelahan dengan Padang Golf Impian Golf Country Club turut menambahkan lagi populariti kawasan ini. Landskap yang menarik dan cantik serta kemudahan padang golf 18 lubang (72 Par) menjadikannya antara padang golf yang terbaik di Malaysia.

Pendidikan

Terdapat dua sekolah kebangsaan dan dua sekolah menengah kebangsaan di kawasan Saujana Impian, iaitu:
  • Sekolah Kebangsaan Saujana Impian I
  • Sekolah Kebangsaan Saujana Impian II
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS)
Beberapa tadika yang ternama dan glamour juga terdapat di kawasan ini, iaitu Smart Reader Kids yang merupakan pemegang Superbrands dan mempunyai pengiktirafan ISO, Q Dees dan Smart Learn.

Kemudahan

Terdapat tiga buah surau di Saujana Impian, iaitu:
  • Surau Saujana Impian. - terletak bersebelahan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, surau ini juga turut menjalankan sembahyang Jumaat pada setiap minggu. Terdapat pendapat yang menyatakn surau merupakan antara surau tercantik di Daerah Ulu Langat dan setanding masjid-masjid di Kajang.
  • Surau Impian Gemilang di kawasan Impian Gemilang.
  • Surau di Apartment Impian Makmur
Manakala kariah Masjid adalah Masjid Jamek Pekan Kajang dan Masjid Sekolah Agama Persekutuan

Bandar Terdekat Di Saujana Impian

Bandar terdekat di Saujana Impian ialah Kajang. Di Kajang, terdapat banyak pusat membeli-belah, seperti Metro Kajang Plaza dan Metro Point. Kebiasaanya, penduduk Saujana Impian akan ke Kajang untuk membeli barang-barang keperluan.

Contohnya, pada musim tahun baru, ibu bapa akan ke Ali Store untuk membeli baju sekolah dan akan ke cziplee untuk membeli buku rujukan anak-anak mereka. Di Kajang juga, terdapat banyak lot-lot kedai yang menjual pakaian, alat telekomunikasi, barang perhiasan dan pelbagai lagi.

5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut:
  1. Pemerhatian: Meninjau dan memerhati jenis kenderaan yang terlibat.
  2. Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti maklumat jaringan sistem pengangkutan di Saujana Impian, data-datadan pelbagai maklumat yang lain.
  3. Buku teks: Buku Teks Tingkatan 3
Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Antaranya ialah:-

a) Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis- jenis sistem pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan kajian nanti. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian. Pemerhatian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya Taman Saujana Impian.

b) Kaedah Temu Bual

Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai, orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

c) Kaedah Rujukan

Kaedah rujukan ialah cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat yang terdapat dalam peta, dan rujukan peta di perpustakaan. Bahan-bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks, buku rujukan dan akhbar. Orang sumber seperti saudara mara, sahabat ibu bapa yang tinggal juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian.

Merujuk dan mencari maklumat di internet seperti Google. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus. Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci.

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Konsep Pengangkutan Awam


Menurut Jabatan Penerangan Malaysia, Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit).

Contoh pengangkutan awam ialah, KTM Komuter, Teksi dan Bas Rapid KL.

6.2 Jenis-jenis Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian

Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu:
  1. Bas Rapid KL: Kekerapan bas ini, setiap 10 minit. Masa perkhidmatan beroperasi bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10 malam. Jalan-jalan utama yang dilalui di hadapan Tesco, Kajang. Tambang perjalanan mengikut jarak jauh. Kebiasaanya, RM 1.00 sahaja.
  2. Bas/van sekolah: Bas/van sekolah ini bewarna oren. Pemandu biasanya, mengangkut seramai 20 orang jika membawa van manakala 30 orang jika membawa bas sekolah. Bas/van sekolah ini memudahkan ibu bapa pelajar yang bekerja dan menjamin keselamatan para pelajar.
  3. Teksi: Teksi merupakan pengangkutan awam penduduk saujana Impian yang tidak mempunyai kenderaan sendiri kerana ia lebih mudah. Pada kebiasaanya penduduk saujana impian akan menghubungi pusat hentian teksi di kajang untuk mengambil mereka di kediaman dan seterusnya menghantar mereka ke destinasi yang hendak ditujui. Penduduk akan dikenakan kenderaan mengikut jarak jauh.
6.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam Di Saujana Impian

Hasil daripada pemerhatian saya, terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam di Saujana Impian. Pertama, penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan. Kesesakan di jalan raya dapat dielakkan dengan penggunaan bas awam, KTM komuter dan sebagainya. Penumpang tidak perlu menggunakan kereta sendiri. Hal yang demikian dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Kadangkala, kesesakan dalam bas turut wujud. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kereta api elektrik seperti KTM komuter, LRT dan lain-lain untuk mengurangkan kesesakan tersebut.

Selain itu, pentingnya pengangkutan awam di Saujana Impian adalah untuk mengangkut penumpang. Contohnya, mengangkut pelajar sekolah, kolej dan universiti manakala pekerja awam atau swasta dan penumpang lain. Bas Rapid KL memudahkan penduduk kerana ia pergi ke pelbagai destinasi. Dengan menaiki teksi, ia memudahkan penduduk untuk ke sesuatu destinasi.

Tambahan lagi, dengan pengangkutan awam dapat meningkatkan mobiliti penduduk. Penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri. Penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan mudah. Bas sekolah  pula mennyediakan kemudahan untuk pelaja-pelajar pergi ke sekolah dengan kos yang rendah.

Akhir sekali, pengangkutan awam dapat menjimatkan kos. Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri. Penduduk tidak perlu bayar tempat letak kereta. Mereka juga tidak perlu membayar tol dan menjimatkan perbelanjaan rumah.

Tuntasnya, saya bersyukur kerana pengangkutan awam di kawasan Saujana Impian memberi banyak faedah kepada penduduk. Dengan pengangkutan awam, ia memudahkan pergerakan saya untuk ke sesuatu tempat dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian saya.

6.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian

Melalui soal-selidik yang saya jalankan ke atas 24 orang responden. Terdapat beberapa masalah pengangkutan awam telah dikenal pasti, Antaranya ialah:

JADUAL MASALAH-MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI SAUJANA IMPIAN.
Sumber data: 24 orang penduduk Taman Saujana Impian

Daripada jadual di atas, carta pie dibawah diplotkan;


Melalui soal selidik yang saya lakukan, masalah – masalah pengangkutan awam yang terdapat di Saujana Impian antaranya, pencemaran udara. Pencemaran udara ini berpunca daripada penggunaan diesel oleh bas dan lori. Ia menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos.

Seterusnya, masalah keselamatan penumpang. Pemandu bas atau teksi sering memandu secara merbahaya. Kes jenayah seperti merompak juga pernah berlaku. Bukan itu sahaja, kadangkala, pemandu bas berhenti di tempat kurang selamat dan membrek secara mengejut. Nilai bertanggungjawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu perlu diterapkan.

Selain itu, masalah yang dihadapi ialah jangka masa lama. Bas Rapid KL selalunya tidak menepati masa kerana sering lewat untuk sampai pada perhentian bas seterusnya. Perjalanan bas sekolah pula mengambil masa yang lama. Oleh itu, pemandu bas sekolah terpaksa mengambil pelajar seawal yang mungkin untuk mengelakkan kelewatan.

Tambahan lagi, masalah pengangkutan awam di Saujana Impian ialah masalah tambang mahal. Contohnya, tambang bas sekolah yang mengenakan RM80 untuk seorang pelajar walaupun jarak tidak terlalu jauh. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, ia telah menjadi satu beban yang agak berat untuk mereka.

Akhir sekali, masalah yang dihadapi ialah, pemandu menggunakan kenderaan yang lama. Pemandu tidak mengservis kenderaan yang dugunakan. Hal yang demikian menyebabkan penumpang kurang selesa untuk menaiki kenderaan terebut.

Oleh itu, kita sebagai pengguna jalan raya di Saujana Impian, hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam disini.

6.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah Pengangkutan Awam Di Saujana Impian

Melalui pemerhatian saya, saya mencadangkan supaya mengutkuasakan undang – undang bagi mengurangkan masalah pengangkutan awam yang berlaku. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sepatutnya mendenda pemandu teksi atau bas yang memandu secara berbahaya. Mengikut wikipidea "satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya".

Seterusnya, saya mencadangkan supaya pemandu pengangkutan awam digalakkan untuk mengunakan petroleum tanpa plumbum. Hal ini dapat mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara.

Selain itu, saya juga turut mencadangkan supaya, pemandu bas atau lori yang mengunakan minyak diesel digalakkan supaya mengunakan penapis asap atau lebih dikenali sebagai “Catalytic converter “. Dengan penggunaanya, kita dapat mengurangkan pengeluaran asap merbahaya.

Akhir sekali, cadangan yang saya boleh berikan ialah, pihak pengurusan perlu mengurangkan kos operasi. Hal yang demikian Pihak kerajaan perlu memberi subsidi seprti minyak diesel atau alat ganti yang banyak kepada pemandu pengangkutan awam agar tambang dapat dikurangkan.

Walau apapun, saya bersyukur kerana pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar sentiasa terjamin. Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku.

7.0 RUMUSAN

Pengangkutan awam ialah istem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya ialah teksi, Bas Rapid KL dan van/bas sekolah. Pengankutan awam adalah penting di Saujana Impian kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Kepentingan lain ialah, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di Saujana Impian. Selain itu, ia juga dapat mengangkut penumpang seperti pelajar dan pekerja kilang dan dapat menjimatkan kos penduduk Saujana Impian.

Walaubagaimanapun, penduduk di Saujana Impian menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti, jangka masa lama, tambang mahal, keselamatan penumpang dan pencemaran udara. Saya mencadangkan beberapa langkah / perkara untuk mengurangkan masala-masalah tersebut seperti, menguatkuasakan undang-undang, penggunaan petrol tanpa plumbum, mengurangkan kos operasi dan menggunakan penapis asap (catalytic converter).

Saya berharap agar pihak berwajib akan prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di Saujana Impian. Saya bangga kerana pihak berwajib berusaha memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di Saujana Impian.

8.0 LAMPIRAN

1) Contoh Pengangkutan Awam

 Bas RapidKL

Teksi
 
Bas sekolah
 
Komuter

2) Surat kebenaran membuat kajian
3) Borang soal selidik
4) Teks temubual

9.0 RUJUKAN

Laman sesawang:
  1. http://isyayy.blogspot.com/2013/03/rumusan-kajian-pengangkutan awam-di.html
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Saujana_Impian
Buku Teks:
  1. Buku teks tingkatan 2: Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003,
  2. BukuTeks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd.
  3. Buku teks tingkatan 3:Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004,
  4. Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    sumber dikemaskini: http://amirhamido.blogspot.com/

    Post a Comment Blogger

    1. Baru je 2 hari lepas lisa tolong anak sdara lisa buat kerja kursus geo dia..tp tolong cr info dlm internet jela..selebihnya idea2 semua dia taip sendiri..he..thanks ye..nice sharing..

      ReplyDelete
    2. Assalam, terjumpa blog ni..terima kasih kerana link ke blog saya. :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikummusalam wbt.. sama-sama.. Terima kasih juga kat CikguGeo. (^_^)

        Delete
    3. nak mintak peta daerah hulu langat...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Peta Hulu Langat?.. Cuba cari kat google image search. klik DI SINI

        Delete
      2. terima kasih da jgak yg nak tlog kn ini mmblehkan sya bleh siap dgn cpt skli alhamdullillah

        Delete
    4. SalM..untuk kkg yg tugasan 2(kegiatan penternakan) x de ke?

      ReplyDelete
    5. THANKS ..IT REALLY HELP ME A LOT .CONTINUE WRITING

      ReplyDelete
    6. Seriously, this thing help me a lot n give me idea, to do this KKG. jazakallah.

      ReplyDelete
    7. Teme kasih ..........sbb bg esei yg begitu bernas n best .dan memudahkn keje kusus bg calon PMR .............
      moga Allah m'balas ape yg anda lakukan...

      ReplyDelete
    8. Thank you for Information about its..............
      moga Allah akan m'balas ape yg anda lakukan...............

      ReplyDelete
    9. terima kasih atas maklumat di atas... sedikit sebanyak dapat membantu saya membuat folio

      ReplyDelete
    10. terima kasih byk Cikgu :-)

      ReplyDelete
    11. thankyouuu:*

      ReplyDelete
    12. Thanks lot . these inspired me lot . terima kasih cikgu :-)

      ReplyDelete
    13. terima kasihh :-)

      ReplyDelete
    14. mcm mne nk cari peta lakar taman saujana impian?

      ReplyDelete
    15. Replies
      1. langkau 2 (double spacing).. tak ada kertas soalan ke?

        Delete
    16. mareyya hanah9 Jun 2013 23:18:00

      cane nk wat bahan grafik?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Bahan grafik yang mudah adalah jadual. Tetapi jadual sahaja kurang memadai. Boleh guna graf bar dan carta pai. Gunakan Insert chart dalam MS-Excel kemudian copy dalam MS-Word (esei kerja kursus)

        Delete
    17. Calon PMR terakhir12 Jun 2013 03:18:00

      terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa awak, hehe sangat membantu :D untuk yang tengah siapkan last minit pun boleh siap, hehe

      ReplyDelete
    18. jazakallah khair ...sngt membantu sy dlm mnylsaikkan KGT ini :*

      ReplyDelete
      Replies
      1. ape sbb kalw tak buat kerja kursus nii ?? markah geo kne tolak ke??

        Delete
      2. jika markah tak kena tolak.. semua org pakat tak mau buat.. hehe..

        Delete
    19. PMR Candidates25 Jun 2013 18:09:00

      xtau nk buat mcm mne bhgian bahan grafik..

      ReplyDelete
    20. RUJUKAN tu salah format lah derr :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. tak apa.. dah tahu boleh betulkan sendiri..

        Delete
    21. Terima kasih kerana membentangkan maklumat ini. Dengan bantuan anda, kerja Geo PBS dapat disiapkan. :)

      ReplyDelete

     
    Top