217
Kerja Kursus Sejarah PMR 2013 - Contoh Hasil Kajian Tugasan 1

Artikel kali ini saya ingin kongsikan contoh HASIL KAJIAN untuk Kerja Kursus / Folio Sejarah PMR 2013, bagi soalan Tugasan 1 seperti berikut:
Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan dengan satu kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat di Malaysia.
Perlu diingatkan bahawa Hasil Kajian kerja kursus mestilah mengandungi fakta fakta berikut:

1. Maklumat Asas
  • Nama/jenis kegiatan ekonomi
  • Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi
  • Lokasi/tempat kajian
  • Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan
2. Latar Belakang
  • Tujuan dijalankan
  • Proses/cara pelaksanaan
  • Peralatan/kaedah yang digunakan
  • Produk yang dihasilkan
  • Tempat/kawasan (bengkel/keluasan tanah dan sebagainya)
  • Kos pengendalian
(Pilih mana-mana empat aspek)

3. Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat
  • Status keluarga/mobiliti sosial
  • Identiti keluarga/kawasan
  • Sumber pendapatan
  • Penerusan tradisi keluarga
  • Memenuhi permintaan
  • Pembangunan kawasan setempat
  • Hubungan kemasyarakatan
  • Industri hiliran
  • Prasarana/rangkaian perniagaan
  • Pelancongan
  • Peluang pekerjaan
(Pilih mana-mana empat aspek)

4. Prospek
  • Cabaran/kekangan yang dihadapi
  • Penglibatan pihak luar/galakan
  • kerajaan atau swasta
  • Reaksi/penerimaan masyarakat
  • Saranan dan harapan
-------------------------------- Contoh Hasil Kajian --------------------------------
1. Maklumat Asas

1.1. Nama/jenis kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penanam ubi kayu iaitu Encik Ali Bin Ahmad .

1.2. Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi
Penanaman ubi kayu ini telah dimulakan oleh Encik Ali Bin Ahmad dan Puan Yasmin Bt Abdullah mulai tahun 2000. Pada masa tersebut beliau menanamnya untuk kegunaan sendiri terutama untuk makanan seperti masak lemak pucuk ubi, ubi goreng,ubi rebus, kerepek ubi, tapai, getuk ubi dan sebagainya. Beliau menanamnya di belakang rumah dengan keluasan kira-kira suku ekar.

1.3. Lokasi/tempat kajian
Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan ialah di Kg Baru Bt 28 Lenga Muar Johor .

(lukiskan peta mudah seperti peta pada kad kerja kahwin tetapi detail sedikit yang menunjukkan arah mana lokasi rumah Encik Ali tu. Peta ini boleh diletakkan di bahagian 1.3 ini. Saiz peta adalah satu muka surat.)

1.4. Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan
Penanaman ubi kayu ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Ali Bin Ahmad . Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Ali Bin Ahmad kerana beliu merupakan antara orang yang lama terlibat dengan penanaman ubi kayu di kampung itu selain usianya yang telah tua.

2. Latar Belakang

2.1. Tujuan dijalankan
Encik Ali Bin Ahmad pada mulanya menanam ubi kayu untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri. Penanaman ini dilakukan kira-kira 200 pokok sahaja pada awalnya.Encik Ali Bin Ahmad menggunakan ubi untuk membuat tapai, kerepek, ubi goreng, ubi rebus untuk keperluan keluarga sahaja.

2.2. Proses/cara pelaksanaan
Penanaman ubi kayu sangatlah mudah kerana ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,keluasan tanah, modal, pekerja dan peruntukan masa bekerja yang banyak. Hal ini demikian kerana proses awal penanaman ubi kayu ialah penyediaan tapak. Pada awalnya Encik Ali Bin Ahmad akan menyediakan tapak dengan cara menajak rumput/ lalang/ semak yang ada di tapak tersebut. Segala bahan itu kemudiannya akan dibakar.

Proses seterusnya ialah membuat batas . Batas ini dibuat bagi mengelakkan ubi ditanam di kawasan keras kerana mengikut beliau tanaman ubi ini memerlukan keadaan tanah yang gembur dan tidak terlalu kering. Setelah tanah digemburkan atau dibuat batas beliau akan menyediaka batang ubi kayu untuk dijadikan benih. Beliau selalu menggunakan batang ubi yang lama dan di potong kira-kira empat atau lima hari sebelum menanam. Setiap batang benih ubi kayu ini berukur lilit kira-kira 7 – 10 cm. Beliau menyatakan bahawa batang ubi yang dijadikan benih mestilah sedikit besar agar dapat hidup dengan cepat dan menghasilkan hasil ubi kayu yang baik.

Kemudian batang ubi kayu yang dijadikan benih itu akan dicucukkan pada tanah yang telah digemburkan itu. Jarak yang sesuai bagi setiap benih ialah kira-kira 3 – 4 kaki setiap batang.

Penanaman ubi tidak memerlukan baja kimia seperti mana tanaman yang lain . Oleh yang demikian beliau hanya menggunakan air hujan yang ditadah di kawasan kebunnya untuk membasahkan tapak benih. Beliau menyatakan bahawa hujan amat diperlukan bagi tumbesaran awal benih daripada batang ubi ini. Oleh yang demikian beliau memilih waktu tertentu bagi menanam benih baru.

Tanaman ubi kayu ini boleh dijalankan pada bila-bila masa selepas itu kerana ia tidak memiliki suatu jangkamasa tetap untuk ditanam. Contohnya apabila pokok ubi dicabut bagi mendapatkan hasil , batang ubi tersebut akan digunakan semula sebagai benih yang baru.

(di sini anda boleh memasukkan gambar proses awal sebelum dan semasa ubi kayu ini ditanam , membesar dan mengeluarkkan hasil. Gambar ini boleh diambil daripada internet untuk menunjukkan perjalanan proses penanaman dijalankan – kalau boleh step by step. Pada bahagian bawah gambar tuliskan apa maklumat yang anda ingin nyatakan pada gambar yang kita ambil tu . kalau kita ada kamera boleh ambil gambar masa jumpa dengan orang yang tanam ubi tu.)

2.3. Peralatan/kaedah yang digunakan
Peringkat awal penanaman ubi kayu menggunakan cangkul dan tajak sahaja .Ia digunakan bagi proses merumput dan membersihkan kawasan tanaman. Selepas itu peralatan yang digunakan bagi peringkat penjagaan ialah tajak manakala bagi peringkat mengeluarkan hasil peralatan cangkul sahaja dan tenaga manusia sahaja digunakan.

(masukkan gambar orang menajak rumput , masukkan gambar benih pokok ubi membesar – dari kecil sampai besar)

Beliau tidak menggunakan racun rumpai bagi menghapuskan rumpai seperti rumput dan lalang bagi mengelakkan tanah menjadi tidak subur . Penanaman ubi juga tidak menggunakan baja kimia kerana menurut beliau ia akan menyebabkan hasil yang dikeluarkan akan berubah rasa. Penjagaan ubi kayu juga agak minima kerana tanaman ubi kayu jarang diserang penyakit seperti mana buah betik . Oleh yang demikian tumbesaran pokok ubi akan mencapai tahap matang dan boleh mengeluarkan hasil sekitar selepas 6 bulan penanaman dilakukan.

2.4. Produk yang dihasilkan
Produk yang dihasilkan ialah kerepek ubi . Kerepek ini boleh dijadikan kerepek ubi berperisa sambal, berperisa gula/ manis dan tapai ubi.

(boleh ambil gambar setiap satu daripada internet . masukkan kat sini , tuliskan apa maklumat setiap gambar tu. proses penghasilan salah satu boleh masukkan di sini – contoh, tapai.)

Encik Ali Bin Ahmad mengeluarkan tapai ubi sebagai pengeluaran sampingan. Proses pembuatan tapai dimulakan dengan mengambil ubi daripada pokoknya. Beliau menyatakan bahawa ubi jenis kapas kerana ubi jenis ini sesuai kerana warnaya yang putih dan dapat menghasilkan tapai bewarna putih.

Setelah ubi diambil dan dikerat sekitar 3-4 inci setiap satu maka ubi ini akan dibersihkan dengan air bagi mengelakkan kekotoran melekat pada bahagian ubi tersebut. Setelah itu ubi direbus beberapa ketika sehingga ia separuh masak. Kemudian ubi ini dituskan airnya agar tidak lembik. Selepas ubi ini direbus, ragi digunakan bagi proses penapaian dengan cara menjadikan ragi tersebut hancur dan digaulkan bersama ubi tersebut. Sukatan ragi ialah satu biji bagi setiap kilogram ubi kayu. Bekas berisi ubi ini hendaklah ditutup rapat bagi mendapatkan hasil tapai yang memuaskan terutama daripada rasa dan warna yang menarik.

Proses penapaian akan berlaku selama 2 hingga 3 hari. Maka ia dapat menghasilkan tapai ubi Biasanya pelanggan yang menggemari tapai ubi akan memilih tapai ubi yang manis, berwarna putih bersih dan sedikit lembut. Oleh yang demikian Encik Ali Bin Ahmad amat menitikberatkan hal ini.

Biasanya untuk jualan tapai ubi diisikan di dalam bungkusan daun pisang yang menjadi identiti yang mudah dikenali. Pada masa sekarang cara membungkusnya menjadi lebih mudah iaitu dengan menggunakan bekas plastik.

3. Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

3.1. Sumber pendapatan
Dengan mengusahakan penanaman ubi Encik Ali Bin Ahmad dapat menambah pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah sekitar 100 bekas sebula. Setiap bekas beliau menjualnya dengan harga RM 120. Jadi pendapatan kasr daripada jualan ubi ini ialah sebanyak RM 1200 sebulan .

3.2. Memenuhi permintaan
Encik Ali Bin Ahmad juga memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk jamuan tertentu, kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Beliau menyatakan bahawa tempatah dibuat mengikut jumlah tertentu sebelum majlis tersebut berlangsung. Beliau menyatakan anggaran tempahan tapai ubi untuk majlis di atas ialah sekitar 250 ke 350 bekas.

3.3. Pembangunan kawasan setempat
Penglibatan penduduk kampung ini dalam penanaman ubi dan lain-lainnya telah menyebabkan kawasan ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan sederhana.

3.4. Peluang pekerjaan
Penanaman ubi oleh Encik Ali Bin Ahmad tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana dilakukan oleh beliau dan isterinya sahaja. Ianya pula dilakukan pada waktu lapang dan mengikut masa tertentu sahaja.

4. Prospek

4.1. Cabaran/kekangan yang dihadapi
Encik Ali Bin Ahmad menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah berkaitan dengan keluasan tapak tanaman. Beliau tidak memiliki kawasan tanah lapang yang sesuai dijadikan tapak menanam ubi bagi proses pembesaran.

Beliau juga kadang-kadang gagal menyediakan tempahan apabila jumlah ubi yang berjaya dikutip hasilnya tidak mencapai berat yang dikehendaki. Apabila tempahan yang banyak diperlukan beliau terpaksa mengambil ubi daripada pokok yang kurang matang.

Jangka masa pokok ubi untuk matang selama 7 hingga 8 bulan mungkin menyebabkan bekalan ubi kayu tidak dapat dikekalkan di pasaran pada sepanjang masa seperti mana bahan/ barangan lain.

Oleh yang demikian pengeluaran tapai ubi akan terganggu atau pengguna akan beralih kepada pengusaha tapai yang lain untuk mendapatkan bekalan.

4.2. Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta
Proses penanaman ubi yang tidak luas ini tidak banyak memerlukan bantuan dan nasihat daripada pihak jabatan atau agensi berkaitan dengan pemasaran seperti Mardi. Oleh yang demikian usaha penanaman ubi dan pengeluaran tapai ubi dilakukan oleh beliau mengikut pengalaman dan kemahiran yang dimiliki olehnya.

(boleh masukkan mana yang sesuai galakan daripada badan atau agensi kerajaan dalam memastikan kejayaan usahawan / ternakan/ pertanian dll dapat dijayakan dengan lebih baik)

4.3. Reaksi/penerimaan masyarakat
Masyarakat di kampung ini menanam ubi untuk keperluan sendiri terutama untuk masalan harian dan pembuatan kuih muih bagi hidangan keluarga sahaja.
(boleh masukkan kejayaan yang dicapai oleh pengusaha sepanjang dia mengusahakan tanaman/ ternakan/ usaha selama ini – terutama daripada segi sambutan/ kepercayaan pelanggan terhadap keluaran nya dsb)

4.4. Saranan dan harapan
Encik Ali Bin Ahmad mengharapkan agar beliau dibantu daripada segi pajakan tanah untuk meluaskan penanaman benih / pokok ubi .

(boleh masukkan keperluan bantuan daripada pihak kerajaan daripada segi modal/ benih/ baja / sokongan input pertanian yang lain / bantuan kandang/ dll yang berkaitan ke arah membesarkan lagi perushaan ini)

Sila ambil Perhatian: Sebelum anda bertanyakan soalan melalui komen sila baca dulu komen-komen yang telah saya jawab dalam entri ini. Mungkin soalan yang ingin anda tanya, telah saya jawab melalui pertanyaan orang lain. Terdapat 127 komen blogger dan 20 komen Facebook setakat 15 Jun 2013 jam 9:00mlm.

Komen blogger ditutup kerana ada masalah dalam blogger commenting system. untuk post komen dan pertanyaan anda, sila masuk entri ini:  http://waazin.blogspot.com/2013/04/folio-sejarah-pmr-2013-contoh.html
---------------------------------------------------------------- sumber: http://cikgurazak.blogspot.com

Post a Comment Blogger

  1. baik.tapi nak tentang kegiatan tradisional menjual nasi lemak.................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubahsuai contoh di atas,, dari ubi kayu kpd nasi lemak.. (^_^)

      Delete
    2. Macam mana nak buat rujukan, saya tak faham

      Delete
    3. tapi macam mana nak buat nasi lemak punya hasil kajian sebab ubi kayu and nasi lemak tak sama.. hahahaa sorry.. tapi saya dah search kat google satu pun takda. serious saya pening kepala.

      Delete
    4. tapi macam mana nak buat nasi lemak punya hasil kajian sebab ubi kayu and nasi lemak tak sama.. hahahaa sorry.. tapi saya dah search kat google satu pun takda. serious saya pening kepala.

      Delete
    5. saya nak contoh nasi lemak :((((((((((( penat saya cari dekat google ni satu pun tak ada.

      Delete
    6. Naknak...tajuk nasi lemak please...urgent sangat :(

      Delete
  2. Replies
    1. boleh ikut tapi jgn tiru bulat2 dik .. nanti cikgu tahu.. hehe.. (^_^)

      Delete
    2. ohh da buat pasal pokok getah tapi rasa tak lengkap so nak buat la yg lain :)

      Delete
  3. errrrr,rumusan kajian ada x ckg??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh diberikan untuk Hasil Kajian sahaja. Lihat contoh Rumusan DI SINI

      Delete
  4. hasil kajian semuanya berdasarkn temu ramah ek, ckg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak semestinya, boleh dari sumber internet, pemerhatian dsb..

      Delete
  5. TERIMA KASIH untuk panduan yang cukup sempurna di atas :D *Saya minta izin sebarang COPY PASTE bahan di atas*

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sudah pun copy paste bahan di atas
      TERIMA KASIH

      Delete
  6. bleh tlg jawab x?
    nak kna tulis tgn ke komputer?
    kalu komp. size tulisan brapa?
    yg esei tu bleh tiru bulat2 x?
    bila tarikh last hantar?
    kalau buat pasal tat nenas boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Belum download ketras soalan ke? Baca dengan teliti Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Sejarah PMR 2013 Kertas 2. Muat turun DI SINI.
      2. Jika tiru bulat2 bermakna kamu tidak membuat tugasan. Menipu diri sendiri.
      3. Tarikh hantar?. Tanya cikgu sejarah kamu.
      4. Tart nenas jka diusahakan sepanjang masa dan bukan setakat musim perayaan sahaja tiada masalah.

      Delete
    2. Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus Sejarah PMR 2013 Kertas 2. Muat turun: https://www.box.com/sejarahpmr2013-kk-kertas2

      Delete
  7. boleh taip ker
    hantar bila

    ReplyDelete
  8. saya masih pening dlm melakukan kerja kursus ini.
    harap bantuan drpd cikgu...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..
    gambar care proses n peralatan yg dgunakan kena letak ke kat hasil kajian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam.. letak dilampiran..

      Delete
  10. contoh tuugasan 1 elemen 1 yg sumber sejarah x ade ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. (a) Dokumentasikan fakta sejarah yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
      Maaf, yang ini belum ada lagi.. insyaAllah, akan menyusul...

      Delete
  11. agak2 mane lagi senang..
    taip ke tulis tgn

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika nak ikut mana lagi senang, itu subjektif kpd individu, tetapi jika untuk kemudahan 'editing' ditaip dengan MS Word lagi baik (^_^)

      Delete
  12. boleh ke tugasan 1 tulis tgn tugasan 2 taip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika mengikut arahan kertas soalan no 10. Hasil kerja kursus calon hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0.
      Lebih baik pilih salah satu cara. Walaubagimanapun minta pandangan cikgu sejarah awak.. (^_^)

      Delete
  13. tlg buat untuk saye boleh

    ReplyDelete
  14. mestilah kena letak

    ReplyDelete
  15. LANGKAU TU MACAMANA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjelasan mengenai langkau 2 atau double spacing ada di sini,
      http://www.computerhope.com/issues/ch000645.htm

      Delete
  16. rumusan tiada kah (^_^)

    ReplyDelete
  17. pasai kek boleh dok

    ReplyDelete
  18. kami 8 orang pelajar dari negeri selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada owner blog ini.. jasa anda amat kami kenang ..

    ReplyDelete
  19. Mcmana ni? Ddeadline dah dekat.....
    Tpi muka depan pun x siap...

    ReplyDelete
  20. Mcmana ni deadline dah nak dekat tpi muka depan pun x siap............
    Habis la......

    ReplyDelete
  21. ada tips tak?
    rasa nervous nk siap kan kerja ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips, panduan dan contoh dah ada dlm blog ni. Lain kali jangan buat kerja last minute..

      Delete
    2. aik...cam taw taw je...huhu

      Delete
  22. Assalamualaikum...
    kalau x ltk gambar tolak markah x???

    ReplyDelete
  23. salam, kalau saya hendak buat pasal perniagaan menjual barangan agama iaitu diniagakan oleh ayah saya sendiri. Bagaimana nak huraikan proses dan cara pelaksanaanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalan Khalisa, adakah menjual barangan agama ayah sendiri merupakan satu kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat di Malaysia?..

      Delete
    2. Yang itu saya tidak pasti. Menurut cikgu apa? Adakah saya patut ikut apa yang diberikan oleh cikgu di atas?

      Delete
    3. Ikut sebagai panduan sahaja, jangan tiru bulat-bulat..

      Delete
    4. Baiklah, tapi menjual barangan agama itu bukan kegiatan ekonomi tradisional lah?

      Delete
    5. Ia mirip kepada kegiatan ekonomi trasisional keluarga.. Cuba Khalisa tanya cikgu sejarah.

      Delete
  24. assalamualaikum
    hasil kajian pon guna langkau 2 ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. ye guna langkau 2 (^_^)

      Delete
  25. Wajib ad gmbr bsame org smber ke -?

    ReplyDelete
  26. salam, macam mana saya nak buat isi kandungan. Kena letak di mana? di depan elemen 2 atau pun elemen 1.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Senarai kandungan khusus untuk elemen 2 iaitu, Tugasan 1 (b) sahaja ->> diletakkan dalam Elemen 2. Setiap elemen dipisahkan dengan dgn sekeping kertas dituliskan dengan nombor elemen.

      Delete
    2. oh terima kasih. Jadi elemen 1 dan 3 tidak termasuk dalm senarai kandungan lah? Dan untuk elemen 1 dan 3 tidak perlu letak mukasurat di bawah dan biarkannya kosong?

      Delete
    3. Biasanya cikgu sejarah sekolah masing-masing akan berikan panduan bgmana nak kompile ketiga2 elemen ini.

      Delete
  27. adakah semua hasil kajian mesti ditulis berkaitan dengan orng sumber

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, benar semuanya berkaitan dengan orang sumber. pastikan temu ramah dengan orang sumber 'cover' semua maklumat dalam Hasil Kajian.

      Delete
  28. cikgu, wajib ke isi untuk elemen 2 kena 15 mukasurat. Saya punya 12 mukasurat. boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arahan Kepada Calon
      Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan.
      Jika 12 mukasurat, bermakna tidak mengikut arahan soalan.

      Delete
  29. adakah hasil kajian mesti ditulis berkaitan dengan orang sumber .dan mesti dalam bentuk poin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, benar semuanya berkaitan dengan orang sumber. pastikan temu ramah dengan orang sumber 'cover' semua maklumat dalam Hasil Kajian. Dalam bentuk Esei.. Rujuk contoh format di atas. BACA Arahan Kepada Calon No. 9. dalam kertas soalan.

      Delete
  30. cikgu, adakah elemen 2 itu tugasan 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tugasan 1(a) untuk Elemen 1,Tugasan 1(b) untuk Elemen 2 dan Tugasan 2 untuk Elemen 3.

      Delete
    2. maksudnya elemen 1 itu adalah yang kita kena cari empat sumber tu kan? dan yang elemen 2 itu adalah dari "tajuk kajian" hingga "rujukan" ?

      Delete
  31. saya ramesh, saya hendak tanya sedikit. Untuk isi-isi elemen 1 dan 3 tidak perlu letak mukasurat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. hanya elemen 2 sahaja sebab ianynya esei panjang. Setiap elemen akan diasingkan dgn kertas separator, biasanya cikgu sejarah akan bagi termasuklah cover depan..

      Delete
  32. assalamualaikum, Nak tanya sikit. dekat kertas kerja kursus sejarah itu ada lampiran 1,2,3 dan 4. Semua tu kena letak di lampiran elemen 2 tugasan 1 (b) ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, ya.. betul tu..

      Delete
    2. Syukran Jazilan.:)

      Delete
  33. Cikgu,kalau tulis Laksa boleh tak?

    ReplyDelete
  34. nak tanye..
    contoh no.1, maklumat asas, yg 1.1 smpai 1.4 tu skalikan @ asing2

    ReplyDelete
  35. point no.1 maklumat asas tu nk skalikan 1.1-1.4 ke? atau asing2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat seperti contoh format di atas.. semua tu dalam bentuk esei.. tak ada istilah sekalikan atau asing2..

      Delete
    2. Salam, nak tanya kalau buat pasal butik pengantin boleh?

      Delete
  36. Kalau nak buat otak otak boleh? Objektif pula dlm bentuk poin ke esei?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Untuk cara penulisan Objektif, lihat contoh dalam artikel ini: http://waazin.blogspot.com/2013/04/folio-sejarah-pmr-2013-contoh.html

      Delete
  37. Alhamdulillah senang nak buat :)

    ReplyDelete
  38. Salam ..x buat ke..tentang penanaman padi..law free. Tlong la sye..

    ReplyDelete
  39. Salam ..x buat ke..tentang penanaman padi..law free. Tlong la sye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikummusalam Sacha.. Kerja kursus mesti hasil usaha sendiri (^_^)

      Delete
  40. Salam, kalau buat pasal butik baju pengantin boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam wbt, butik baju pengantin rasanya kurang tepat dengan kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat di Malaysia.

      Delete
    2. Ouh, yeke tak boleh, takpelah, btw thanks .

      Delete
  41. A gift of God, this blog.. 0.0

    ReplyDelete
  42. kalau yang sumbangan/pengaruh kpd keluarga/masyarakay tu kan , kalau utk padi , cmne nk buat sumbangannye ? tollllllllloooooooooooonnnnnnnnnnnnngggggggggggg please :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang nk explain sini.. add fb atau g+ jap (^_^)

      Delete
  43. salam,saya dah tiru bulat2.cikgu boleh tahu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikummusalam.. suka hati kamu la labu.. (^_^)

      Delete
  44. cikgu... terdapat brapa bahagian sume ..(e.g) hasil kajian,kaedah kajian,etc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh check dan kira sendiri sari kertas soalan...

      Delete
  45. ada x contoh huraian elemen 2 tentang pembuatan tapai??mohon penjelasan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapatkan maklumat dari orang sumber. kerja kursus kena dapatkan sumber sebenar. artikel di sini sebagai panduan untuk penulisan sahaja..

      Delete
  46. cikgu macam mana nak buat hasil kajian tentang penternakan ikan air tawar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu dapatkan maklumat dari temuramah dengan orang sumber, kemudian applikasikan dgn contoh dalam artikel ini.

      Delete
  47. Kalau tanaman padi pula buat mcm mana. ? Tukar ubi ke padi ja ka. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. tukar dan sesuaikan..

      Delete
    2. Ouh okay2. Terima kasih. ^_^

      Delete
  48. elemen 2 ni saya tk faham lah. apa maksud 15 muka surat? elemen 2 kan ada hasil kajian semua tu. bukan karangan yg panjang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika semua Aspek dan Perincian dalam elemen 2 ini lengkap, 15 mukasurat tidaklah panjang mana.. Ianya termasuk lampiran..

      Delete
  49. sejarah/asal usul kegiatan ekonomi tu nak tau sejarah gerai ke makanan yg dijual??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, maksudnya, sejarah gerai makanan itu mula dibuka,...

      Delete
  50. perlu ke kalau kita letak gambar lidi (yg betul) lepastu tampal kat kertas? itu dikira sebagai lampiran ke? dalam hasil kajian tu boleh ke kita letak gambar??
    hasil kajian (3) sumbangan/pengaruh kpd keluarga atau masyarakat : identiti keluarga/kawasan tu ape maksudnyee??


    thank u so much ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) & 2) Jika gambar lidi atau gambar-gambar lain itu boleh mengukuhkan hasil kajian ianya perlu dilampirkan, jangan lupa letakkan kapsyen.
      3) Identiti keluarga/kawasan - maksudnya kepopularitian keluarga / kawasan itu dan kaitannya dgn dengan kegiatan ekonomi tradisional yang dijalaknan. Contohnya; Jika sebut sahaja tentang Pak Ali di Parit Raja, orang dah kenal, dia pengusaha tempe yang berjaya.

      Delete
  51. Nak tanya ni kalau tak letak gambar bersama orang sumber ni tak pe ke. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, tapi latar belakang gambar hendaklah di tempat kajian... letakkan kapsyen.. tak boleh jika bergambar dgn orang sumber di shopping complex ke... atau ditempat2 lain yang tiada kaitan dengan kerja kursus.. (^_^)

      Delete
  52. boleh tak saya guna ni untuk penanaman padi?

    ReplyDelete
  53. emm... kalau buat pasal kek boleh ke...
    tq... (^_^)

    ReplyDelete
  54. nak tanya macam mana buat nasi lemak punya, kerana ni ubi kayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai dh tanya contoh utk tajuk lain..memang tiada.. buat sendiri berdasarkan contoh yg sedia ada....

      Delete
  55. senarai kandungan tu nak letak kat mana?? letak kat muka hadapan ke elemen 2??
    sy x fahamlah

    setiap elemen perlu dipisahkan dgn kertas elemen 1 2 3 yg diberi ke??

    arigato><

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) senarai kandungan biasanya di depan sekali... selepas muka depan (cover page)
      2) biasanya begitu... tanya cikgu sejarah awak..

      Delete
  56. macam mana nak mula tulis untuk 1 maklumat asas?? NAMA/JENI KEGIAATAN EKONOMI untuk otak-otak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumat Asas
      1: Jenis Kegiatan Ekonomi
      Kegiatan ekonomi tradisional kajian saya ialah makanan tradisional bangsa melayu iaitu otak-otak. Saya telah memilih perniagaan Otak-Otak Pak Samad sebagai sumber kajian.

      2: Sejarah Perniagaan Otak-Otak Pak Samad
      Encik Samad telah menceburkan diri dalam perniagaan otak-otak sejak 10 tahun lalu. Beliau telah mewarisi perniagaan ini daripada ayahnya, Encik Ali. Segala pengetahuan, petua dan resepi membuat makanan ini telah dipelajari oleh Encik Samad daripada ayahnya, kerana beliaulah orang yang sering membantu perniagaan ayah satu ketika dulu.

      Kini Encik Samad telah mempunyai perniagaan sendiri yang diberi nama "Perniagaan Otak Pak Samad". Otak-otak Pak Samad memang digemari ramai dan terkenal di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang. Beliau menjalankan perniagaan di pasar-pasar malam di sekitar bandar-bandar ini.

      3: Lokasi / Tempat Kajian
      Saya mengkaji Perniagaan Otak-Otak Pak Samad yang yang menjalankan operasi perniagaan di Lot 1232, Kampung Sungai Tangkas, Jalan Reko, 43200 Kajang Selangor.

      4: Individu Yang Mengusahakan
      Individu yang menjalankan kegiatan ekonomi ini ialah Encik Samad bin Abdullah yang merupakan pemilik kepada Perniagaan Otak-otak Pak Samad.

      Delete
    2. YG SEMUA NI KNE BUAT SEHELAI KERTAS KE ??
      MCM NI AD 4 KN..MAKLUAMAT ASA..LOKASI DAN LAIN2 TU .. JD KNE BUAT 4 HELAI KERTAS K ATAU SAMBUMH JE KT BWH DIA TU ??

      Delete
  57. boleh x bagi tau macam mana nak mula tulis rumusan?
    please kalau boleh bagi link tau>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contohh Rumusan rujuk di sini: http://cikgurazak.blogspot.com/2013/05/kerja-kursus-sejarah-2013-contoh-rumusan.html

      Delete
  58. gambar yg diletakkan di sumber perlu letak kapsyen jugak ke??
    lampiran pun kena jugak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lampiran terdiri daripada gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain yang berkaitan. Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran yang disertakan.
      Begitu juga dalam hasil kajian.

      Delete
  59. Syukran :) Siap jugak kerja kursus.

    ReplyDelete
  60. dalam hasil kajian tu boleh tak kite selitkan gambar2 yg berkaitan??

    ReplyDelete
  61. 2.latar belakang- proses/ cara pelaksanaan tu kena buat macam mana eh?? boleh tak kalau kita ambik resepi dari internet pastu copy jee, boleh ke?? (makanan tradisional)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika benar2 buat kerja kursus awk sepatutnya menemubual orang sumber yang mengusahakan kegiatan ekonomi tradisional dan tanya dia semua perkara tu..

      Delete
  62. apa beza a) proses/cara pelaksanaan dgn b) produk yg dihasilkan dgn c) peralatan/kaedah yg digunakan????

    ReplyDelete
    Replies
    1. a) proses/cara pelaksanaan - bagaimana produk dihasilkan daripada bahan mentah hingga menjadi barangan siap.
      b) produk yang dihasilkan - output atau barangan siap yang sedia digunakan atau diniagakan setelah menjalani proses/cara pelaksanaan.
      c) peralatan/kaedah yg digunakan - apakah nama kaedah/proses atau alat yang diganakan untuk menghasilkan produk siap. Contohnya untuk menghasilkan bahulu cara membakar dalam oven. Membakar adalah kaedah yang digunakan dan oven pula adalah peralatan yang digunakan.

      Delete
  63. sy punya ada 12 mukasurat je, kalau sy nak tambah dari segi lampiran sampai cukup 15 boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut arahan kertas soalan no.9) Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan. Ini bermakna 15 mukasurat adalah keseluruhan Elemen 2 dan bukannya setakat Hasil Kajian sahaja. Jawapannya boleh.

      Delete
  64. perlu ke kita pilih perniagaaan berdekatan dgn kawasan kita atau mana pun boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan / arahan kerja kursus tidak menetapkan dekat atau jauh kawasan kajian. Ikut pada kemudahan calon.

      Delete
  65. untuk kaedah kajian kita perlu tulis tujuan kita temubual ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang perlu dalam kaedah kajian ialah menyata dan menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atau proses kerja.
      Tujuan temu bual tak perlu dinyatakan..sebab memang semua sedia maklum bahawa tujuan temu bual yang dijalankan adalah merupakan salah satu kaedah kajian untuk menyiapkan kerja kursus.

      Delete
  66. macam mana nak huraikan tujuan dijalankan??sebab semua tujuan berniaga mesti nak dpt keuntungan kan??

    ReplyDelete
  67. dalam hasil kajian tu boleh tak kite selitkan gambar2 yg berkaitan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh... sertakan kapsyen sekali..

      Delete
  68. kita kena lukis peta tak?

    ReplyDelete
  69. boleh tak bagi contoh macam mana nak tulis rujukan??

    Buku
    aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    orang sumber
    aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    macam tu ke??

    ReplyDelete
  70. rujukan- kalau nama penulis tu ada lebih lima orang,semua pun kena tulis ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kena tulis semua.. cara menulis rujukan di sini: http://waazin.blogspot.com/2013/06/kerja-kursus-sejarah-pmr-2013-cara-menulis-rujukan.html

      Delete
  71. ala tak payah tulis peta pun..ada kamera kan?gambar je tapi kalau cikgu marah jangan kata waazin yang suruh.kata je naruto yang suruh,,comfirm..

    ReplyDelete
  72. peta tu wajib lukis ke??

    untuk rujukan perlu ke kita letak 1.BUKU atau BUKU je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika nak sertakan mmg kena lukis.. ikut panduan google maps
      format menulis rujuksan baca disini: http://waazin.blogspot.com/2013/06/kerja-kursus-sejarah-pmr-2013-cara-menulis-rujukan.html

      Delete
  73. elemen 1- orang sumber,perlu letak ape?? letak soalan temu ramah ke?

    ReplyDelete
  74. boleh x kalau saya ambil link internet ni pastu letak kat rujukan?? http://waazin.blogspot.com/2013/05/kerja-kursus-sejarah-pmr-2013-contoh-hasil-kajian.html

    ReplyDelete
  75. rumusan nk buat mcm mne??

    ReplyDelete
    Replies
    1. letih dah nk jwb soalan mcm ni... tak baca entri huruf bold warna biru??

      Delete
  76. Assalamualaikum... jual kek tu kegiatan ekonomi di Malaysia jugak ker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam.. soalan kerja kursus apa? baca betul2 soalan. Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia bukannya kegiatan ekonomi di Malaysia. Jika kegiatan ekonomi di Malaysia sahaja, termasuk semua aktiviti ekonomi spt bengkel kereta-motor, kedai runcit, jual tudung, jual tupperware...

      Delete
  77. Boleh tanya? Kapsyen maksudnya penerangan ker?

    ReplyDelete
  78. Cara pelaksanaan/ proses Bagi getah? Mcm ? mana nak buat?

    ReplyDelete
  79. Proses bagi getah macamana nak buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses getah? Perlu temu bual dengan orang sumber - dapatkan maklumat.

      Delete
  80. macam mana nak huraikan tujuan dijalankan??sebab semua tujuan berniaga mesti nak dpt keuntungan kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bukan fokus kpd tujuan perniagaan tetapi fokus kpd tujuan kegiatan ekonomi tradisional dijalankan - biasanya untuk sumber pendapatan keluarga.

      Delete
  81. macam mana nak mula tulis latar belakang untuk sate?
    bagi contoh sikit je pun x pe,at least bagi contoh nak tulis tujuan dijalankan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. contoh tujuan dijalankan:
      Tujuan Pak Amin menanam padi adalah sebagai sumber pendapatan keluarga. Disamping itu, Pak Amin tidak perlu membeli beras di kedai kerana beras hasil dari tuaian padinya, digunakan untuk makanan seisi keluarga. Pak Amin mendapat pendapatan hasil dari jualan padinya kepada peraih yang datang ke rumah beliau pada setiap kali musim tuaian.

      Delete
  82. macam mana pula dengan kuih muih tradisional ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana apa?.. boleh dijadikan bahan kajian.

      Delete
  83. cikgu, saya tak faham macam mana nak buat peluang pekerjaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika Pak Samad mengusahakan kerepek sehingga membuka kilang, sudah pasti kegiatan ekomi yang diusahakan oleh Pak Samad memberi / membuka peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.. Itulah maksudnya..

      Delete
  84. Cikgu ELEMEN NAK LETAK MNE???????????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya cikgu sejarah awak.. cara nk compile semua elemen..

      Delete
  85. untuk kos pengendalian tu boleh buat table x? atau kena tulis je berapa??bagi intro sikit. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat table (jadual). berapa tu.. kena kaji sendiri, dapatkan maklumat dari orang sumber, barulah dinamakan kerja kursus.

      Delete
  86. untuk peniaga boleh x kita photostat passport? please tolong jawabbbbbbbb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. photostat passport tak perlu..

      Delete
    2. tapi dia yang nak bagi photostat passport tu so boleh guna tak photostat passport tu -tu la soalan saya sebenarnya

      terima kasih

      Delete
    3. tak perlu terima itu jawapan saya..

      Delete
  87. sy betul betul x faham ni macam mana nak tulis tujuan dijalankan!!! tolonglah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuan Pak Amin menanam padi adalah sebagai sumber pendapatan keluarga. Disamping itu, Pak Amin tidak perlu membeli beras di kedai kerana beras hasil dari tuaian padinya, digunakan untuk makanan seisi keluarga. Pak Amin mendapat pendapatan hasil dari jualan padinya kepada peraih yang datang ke rumah beliau pada setiap kali musim tuaian.

      Delete
  88. unutk sate boleh tak kita jelaskan cara pelaksanaanya lepastu x payah letak gambar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelaskan cara perlaksanaan itu wajib dibuat, mengikut panduan yang ditetapkan. Nak letak gambar atau tidak itu soal lain (iaitu, lampiran).

      Delete
  89. reaksi masyarakat untuk perusahaan nasi lemak apa ek???
    x faham la maksud reaksi masyarakat..
    dan satu lagi Prasarana/rangkaian perniagaan nasi lemakk.. boleh tolong beri contoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya, sambutan masyarakat setempat kepada nasi lemak itu. Mereka mengemarinya?.

      Delete
  90. boleh tak nak buat capati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya,, boleh atau tidak / pemilihan tajuk kerja kursus, kena bincang dgn cikgu sejarah.. bukan tanya di sini.

      Delete
  91. macam mana nak huraikan peralatan/kaedah yang digunakan untuk otak-otak?? tolong jawabbb

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tahu. kena tanya orang yang mengusahakan otak-otak.

      Delete
  92. boleh tak bAGI INTRO NAK BUAT kos pengendalian untuk sate

    ReplyDelete
    Replies
    1. fakta kos tanya dengan orang buat sate.. cara nk buat intro dah ada kat atas.

      Delete
  93. apa maksud status keluarga/mobiliti sosial?

    kalau dia nak bagi photostat passport boleh x kita letak dlam lampiran?dia x nak bagi yang lain kecuali passport- boleh x

    please tolong jawab
    thank u

    ReplyDelete
  94. ape maksud pembangunan kawasan setempat untuk sate?bagi keterangan tau >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya impak yang mungkin berlaku (jika ada) kepada pembangunan setempat dengan wujudnya perniagaan sate itu.. sebagai contoh.. sate hj samuri dan sate hj tasmin di kajang memberikan impak kepada terikan pelancong dan seterusnya menjadikan bandar kajang terkenal dengan kelazatan 'sate kajang'.

      Delete
  95. boleh x bagi contoh-contoh soalan temu ramah? pleaseee rangka soalan pun boleh.
    terima kasih

    ReplyDelete
  96. apa maksud status keluarga/mobiliti sosial?

    ReplyDelete
  97. boleh x kita letak soalan temu ramah di elemen 1 sebagai orang sumber DAN JUGA di lampiran?

    gambar pula boleh x kita print 2 kali pastu satu letak kat hasil kajian dan satu lagi letak kat lampiran?



    ReplyDelete
  98. assalamualaikum, rumusan nak buat macam mana -http://cikgurazak.blogspot.com/2013/05/kerja-kursus-sejarah-2013-contoh-rumusan.htmlDelete

    blog ni dah x boleh tengok dah

    boleh bagi intro x macam mana nak buat?

    apa maksud iktibar kpd diri calon,bangsa dan negara?

    ReplyDelete
 
Top