Fida Jamu Susuk Dara
Nadihah Double Stem Cell

1
 Mesir Kembali Bergolak - Pemerintahan Mursi Goyah

Nampaknya, negara Mesir bergolak lagi. Rakyat Mesir memprotes pemerintahan Mursi. Jutaan penduduk Mesir mengadakan protes di seluruh negara, kelmarin menuntut Presiden Mohammed Mursi disingkirkan ketika ulang tahun pertama pelantikan pemimpin itu yang dipilih melalui proses demokrasi tahun lalu.

Menurut laporan Reuters, demonstrasi antikerajaan itu diadakan sebagai membantah kegagalan Mursi dalam menangani krisis ekonomi selain tidak mengotakan janjinya ketika kempen Pilihan Raya Presiden.

Penganjur protes itu turut memaklumkan, lebih 22 juta penduduk menandatangani petisyen menuntut Presiden itu meletak jawatan dan menggesa pilihan raya lebih awal menerusi kempen Tamarod yang dilancarkan Mei lalu.

Mesir Kembali Bergolak - Mursi ditentang rakyat

Dalam insiden berasingan, gerakan pembangkang menetapkan hari ini sebagai tarikh akhir untuk Mursi meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya presiden lebih awal diadakan.

Susulan daripada itu, sekurang-kurangnya tujuh terkorban manakala lebih 600 cedera dalam pertempuran antara penyokong dan penunjuk perasaan 'anti-Mursi'.







Sementara itu, pegawai kanan kerajaan berkata, empat menteri Kabinet meletakkan jawatan semalam. Mereka adalah menteri pelancongan, alam sekitar, komunikasi dan Kehakiman.

Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri Hisham Qandil, semalam.

Bagaimana Keadaan Rakyat Malaysia Di Mesir?

Wisma Putra tidak mempunyai perancangan untuk segera memindahkan rakyat Malaysia di Mesir berikutan krisis politik yang semakin meruncing di negara itu.

Seorang pegawai Wisma Putra yang enggan namanya disiarkan semasa dihubungi Bernama berkata keadaan di Mesir masih terkawal, semua rakyat Malaysia selamat dan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam sebarang perhimpunan yang diadakan di negara itu.

Mesir Kembali Bergolak

"Ketika ini terdapat kira-kira 10,050 pelajar Malaysia di Mesir dan mereka telah dinasihatkan supaya tidak keluar rumah dan menjauhi kawasan-kawasan konflik dan diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan," katanya.

Mesir Kembali Bergolak - himpunan sakyat memprotes

Kementerian Luar sedang memantau perkembangan terkini demonstrasi yang diadakan di Kaherah dan beberapa bandar raya utama lain di Mesir.

Katanya sejak beberapa hari lepas, demonstrasi berkenaan mengakibatkan ratusan orang cedera.

Beliau berkata keadaan tidak menentu di negara itu semakin memuncak dan rakyat Malaysia dinasihat supaya menangguhkan dan menjadualkan semula lawatan ke negara itu.

Dilaporkan ribuan peserta demonstrasi yang berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah, antara lain mendesak Presiden Mohamed Morsi meletak jawatan manakala ribuan penyokong Morsi berhimpun di Nasr City yang terletak bersebelahan untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai keadaan di Mesir, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah di talian (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270 atau 02-37610013/02-37610068 sambungan 141 atau menerusi e-mel di alcairo@kln.gov.my

Tag: Mesir, Wisma Putra, Mursi, rusuhan, Dataran Tahrir
sumber: AstroAwani | Sinar Harian



IKLAN | JIKA TIDAK SESUAI JANGAN KLIK | IKLAN


Terima Kasih Sudi Berkunjung | waazin.blogspot.com - Sejak Nov-2012

Post a Comment Blogger

  1. mereka sebanarnya takut dengan kebangkitan islam..

    ReplyDelete

 
Top