Top Ad unit 728 × 90

recent

Woww, Tempat Unik dan Cantik Terletak 'Di Atas' Awan (Foto+Video)

Tempat-tempat menarik yang menyajikan permandangan yang cantik dan sedap mata memandang sudah tentu mampu menarik perhatian pengunjung ke tempat berkenaan..



Tambahan pula, sekiranya permandangan tersebut sangat unik dan hanya boleh didapati di kawasan-kawasan tertentu sahaja seperti The Unkai Terrace of Tomamu di Jepun ini..Nak tahu apa yang menariknya, teruskan membaca...


Terletak di Tomamu Resort, berdekatan Pulau Hokkaido, Jepun, The Unkai Terrace adalah suatu tempat unik dan indah yang terletak tinggi di atas puncak gunung lebih tinggi dari awan, menawarkan pelancong dengan pemandangan lautan awan putih di bawah mereka.

Fenomena "Unkai" (lautan awan) telah menarik perhatian pelancong ke bandar peranginan di Tomamu selama bertahun-tahun. Mata air panas semula jadi di kawasan itu mempunyai perbezaan suhu yang boleh berubah-ubah dalam tempoh beberapa jam dari malam hingga ke siang telah menjadi faktor penentuan dalam pembentukan awan putih tebal di kawasan pergunungan itu, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang berpeluang untuk melihat kesan unik tersebut dari atas gunung, sehingga sistem gondola kembali ke tempat asalnya.

Para pelancong perlu bergerak pada awal pagi untuk menuju ke Unkai Terrace, yang terletak betul-betul di atas lautan awan, di mana mereka boleh menyaksikan permandangan matahari terbit, mengambil gambar-gambar puncak gunung Hidaka dan Tokachi sewaktu pancaran cahaya matahari menembusi kabus tebal dan menikmati secawan kopi atau semangkuk sup yang menyegarkan.

Walaupun tambang gondola menuju ke puncak gunung agak mahal (sekitar US$ 20), pemandangan dari Unkai Terrace adalah sangat berbaloi bagi setiap yen yang dibelanjakan.

Unkai Terrace dibuka kepada pelancong pada setiap musim panas sehingga akhir bulan September, tetapi semasa musim yang singkat ini juga, lautan awan boleh diperhatikan sebanyak kira-kira 40 peratus.

Pada hari-hari yang cerah, anda perlu bangun pada awal pagi untuk melihat permandangan awan yang tersedia. Gondola akan mula bergerak mengangkut pelawat pada pukul 4.00 a.m sehingga 8:30 a.m sahaja, jadi jika anda merancang untuk pergi melihat permandangan awan yang menarik, pastikan anda telah menetapkan penggera jam anda.







Saksikan video di bawah:


sumber: dailymail.co.uk
Wa Allahu'alam..
Woww, Tempat Unik dan Cantik Terletak 'Di Atas' Awan (Foto+Video) Reviewed by Adam Hakimie on December 21, 2015 Rating: 5

2 comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.