ENTRI TERKINI
cover

Video Dan Gambar-Gambar Karpal Singh Terbunuh Dalam Kemalangan Di Perak

Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Video Dan Gambar-Gambar Karpal Singh Terbunuh Dalam Kemalangan !..


Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan peguam digeruni.

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau menerima ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 dengan menyertai DAP.




Beliau menang pilihan raya kali pertama pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Peguam lantang itu memenangi kerusi Parlimen Jelutong buat pertama kali pada 1978. Sejak menang pada 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

Karpal yang aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009.

Beliau lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.


Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meringkuk di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih 100 orang ditahan.


Kereta MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki veteran DAP, Karpal Singh remuk dalam kemalangan negeri berhampiran Gua Tempurung, Perak, awal pagi tadi. – 17 April, 2014.


Kereta MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki veteran DAP, Karpal Singh remuk dalam kemalangan negeri berhampiran Gua Tempurung, Perak, awal pagi tadi. – 17 April, 2014.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehilangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui telefon jam 630 petang semalam. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik dan peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."

Karpal meninggalkan seorang balu dan lima anak serta empat cucu. – 17 April, 2014. -TMI

Tag : informasi
Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.
0 Komentar untuk "Video Dan Gambar-Gambar Karpal Singh Terbunuh Dalam Kemalangan Di Perak"

Back To Top