Isteri jumpa skandal suami, minta mereka berkahwin kerana tak sanggup....

Saya ingin kongsikan cerita tentang seorang wanita yang tabah yang saya kagumi bernama Syada (bukan nama sebenar). Saya seperti tidak percaya wujud lagi wanita tabah seperti dirinya.


Isteri jumpa skandal suami, minta mereka berkahwin kerana tak sanggup....
Isteri jumpa skandal suami, minta mereka berkahwin kerana tak sanggup.... (Gambar Hiasan)
Beliau bukanlah sesiapa. Dia hanya wanita biasa, tidak cantik, tidak bergaji besar tetapi beliau berhati murni, berjiwa besar dan sangat tabah. Orangnya amat lemah-lembut.

Saya kira, ibu bapanya telah berjaya mendidik dirinya menjadi perempuan dan isteri yang sangat taat kepada suami dan redha walaupun pada mata kasar hidupnya sangat sengsara.



Dia berkahwin dengan pilihan hatinya. Suaminya kacak, bekerja biasa sahaja tetapi dia jenis yang memilih kerja dan mahu menjaga standardnya. Dia juga kerap kali bertukar kerja.

Mereka sudah 9 tahun berumahtangga. Sepanjang 9 tahun jugala Syada diuji oleh Allah. Memang mereka berkahwin atas dasar cinta tetapi suaminya adalah seorang kaki perempuan.

Di tahun pertama perkahwinan, Syada sedang sarat mengandung dan dia tinggal di rumah ibu bapanya. Tetapi suaminya buat perangai. Dia telah membawa perempuan lain bermalam di rumah.

Pada waktu itu tergerak hati Syada untuk pulang ke rumah kerana dia menghubungi suaminya tetapi tiada jawapan. Lalu dia pulang sendirian menaiki bas dan teksi ke rumah dengan perut yang sedang sarat. Cuaca pula tidak baik ketika itu, guruh berdentum tetapi tidak hujan.

Sampai sahaja di hadapan pintu, Syada menangis apabila melihat kasut perempuan lain di luar rumah. Kebetulan pula kunci rumah ada pada suami. Puas diketuk pintu rumah tetapi suaminya buat tidak tahu sahaja. Sampai kesudahannya pintu tidak dibuka. Sedangkan dia tahu suaminya ada di dalam bersama perempuan lain.

Dia tidak berupaya lagi mengetuk pintu akhirnya dia tertidur di kaki lima rumahnya. Dia sedang mengandung, dia hanya mampu menangis. Mengamuk jauh sekali. Betapa lembut hatinya betapa hatinya sangat lembut dan dia memaafkan suaminya itu demi anak di dalam kandungannya.

Apabila anak mereka lahir, suaminya tidak bekerja. Makan minum mereka dan susu anak jenuh mereka meraih simpati daripada keluarga terdekat. Syada sedikit pun tidak merungut malah dia tebalkan muka meminjam duit daripada adik-beradiknya. Sikit pun tidak diceritakan keburukan dan masalah suaminya.

Allahuakbar, saya sendiri tertanya-tanya adakah dia mempunyai hati yang lembut atau hatinya keras seperti batu sehingga begitu sekali dia boleh bertahan. Suaminya pula hanya pulang ke rumah untuk tidur sahaja. Nak membantu jaga anak memang jauh sekali. Bangun tidur sahaja terus berjumpa kawan-kawan hingga larut malam.

Segala wang gaji dan kad ATM Syada suaminya yang pegang. Semua duit penat lelah isterinya dihabiskan untuk kawan-kawan. Anak dan isteri langsung dia tidak peduli. Kejam sungguh suaminya.

Masalah perempuan dan duit memang tidak pernah selesai dari dahulu lagi. Kereta pun Syada yang beli dan bayar setiap bulan tetapi suaminya yang menggunakan kereta tersebut. Manakala dia bersusah-payah menaiki bas dan teksi untuk menguruskan anak-anak. Suaminya seronok ke sana ke mari membawa perempuan.

Tetapi dia tetap di sisi suaminya itu. Tidak pernah sekali pun dia meminta cerai. Melawan jauh sekali. Memang saya percaya dia seorang yang lemah lembut. Bercakap pun dengan nada yang renda. Walaupun suaminya bersikap sedemikian.


Nasib baik dia tidak memukul isterinya dan anak-anaknya. Mungkin kerana itu dia masih lagi bertahan. Sehingga sekarang dia masih lagi menghadapi masalah yan sama.

Sampai satu tahap dia sendiri berjumpa dengan skandal suaminya dan meminta mereka berkahwin kerana tidak sanggup melihat suaminya bergelumang dengan dosa. Tetapi yang hairannya, suaminya enggan kerana tidak mampu. Dia pula tidak mahu bercerai.

Katanya biarlah Allah yang menetukan segala-galanya. Dia akan bertahan selagi suaminya tidak memukulnya. Dia percaya janji Allah itu pasti. Alhamdulillah, walaupun diuji dengan berbagai ujian, semuanya anak-anaknya pandai dan pandai membawa diri.


Saya hanya mampu berdoa untuknya semoga Allah melindunginya. Kebanyakan wanita pasti akan meminta cerai kerana tidak sanggup. Tetapi ada juga yang sanggup bertahan. Setiap manusia sudah tertulis suka dan duka jalan hidupnya. Samada kita bijak menilai atau tidak terpulang kepada kematangan diri sendiri.

Hanya satu saya kagum, Syada sangat menjaga solatnya dan rajin membaca Al-quran. Inilah rahsia kekuatan dirinya. Semoga perkongsian saya bermanfaat. (Gambar di atas sekadar hiasan)

No comments