Kami Tiada Zuriat Sebab Suami Seronok Berskandal di Belakang Saya !...

Saya seorang isteri yang tidak bekerja. Saya sudah berkahwin selama 4 tahun 9 bulan. Kami belum mempunyai anak. Baru-baru ini suami saya kantoi ada skandal di belakang saya.


Tiada Zuriat Sebab Suami Seronok Berskandal

Dia ada menyimpan telefon bimbit lagi satu untuk berhubung dengan perempuan itu. Hancur luluh hati saya semasa membaca semua mesej mereka. Siap ‘berhubby’ dan ‘bersayang’.

Selama ini saya memang ada perasan hampir 2 bulan dia dingin dengan saya. Sebelum ini dia rajin bawa saya keluar bersantai jika ada masa lapang.


Tapi kini tiada lagi. Tetapi sejak sebulan dua ini, tiada lagi masa bersama. Dia buat saya seperti tidak wujud di rumah.

Bercakap pun apabila perlu. Tiada lagi gelak ketawa dan masa bersama saya.

Hampir setiap malam dia keluar berjumpa dengan perempuan itu.

Saya sudah cuba berbincang tentang masalah ini tetapi dia suruh bagi sedikit masa. Saya sudah berjumpa dengan perempuan itu katanya dia tidak akan melepaskan suami saya.

Tambahnya ini berkaitan hati dan perasaan. Mereka saling mencintai. Suami saya pula kata dia sayangkan saya. Jika benar mengapa dia tidak boleh meninggalkan perempuan itu?



Saya seolah digantung tidak bertali. Jasad suami ada di hadapan saya tetapi hatinya pada perempuan itu.

Sejak dia mengenali perempuan itu, keadaannya semakin teruk. Sudah pandai berhibur dan masuk ke pub.

Saya tidak sangka sampai ke tahap itu suami saya.

Saya masih lagi bertahan kerana saya sayangkan perkahwinan kami. Saya juga masih sayangkan suami.

Ramai yang beri sokongan untuk pertahankan perkahwinan kami.

Saya tunggu suami saya buat keputusan tetapi kini sudah 2 bulan berlalu. Dia pula semakin mengabaikan saya. Sakit sungguh hati saya sekarang tanpa segan silu dia akan selamba jawab panggilan telefon perempuan itu di hadapan saya.

Saya tidak sanggup untuk kehilangan suami tetapi saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan.

No comments