Jangan Licinkan Talam Jika Makan Dengan Pak Arab, Akibatnya..

Kerap kali kita melihat gambar-gambar di laman sosial yang menunjukkan pak Arab dengan sedulang besar makanan sedap. Ingatkan gambar seperti itu hanya bertujuan untuk ‘bergambar’, rupanya tidak.


Jangan Licinkan Talam Jika Makan Dengan Pak Arab, Akibatnya..


Ia sememangnya amalan orang kaya Arab. Di bawah, saudara Saiful Nang mendedahkan amalan ‘pelik’ tersebut:

Pernah saya tuliskan sebelum ini semasa saya mengerjakan haji tahun lalu. Budaya pelik orang Arab tempatan (Saudi) yang saya pasti bukan ajaran Islam.


Mereka akan makan dengan banyak tetapi tidak boleh melicinkan talam mereka. 2/3 biasanya AKAN DIBUANG sebagai tanda tuan rumah pemurah dan menjamu lebih dari cukup.

Pernah hampir habis talam dijamu dengan muka agak bengis mereka tuangkan selonggok lagi nasi mandy. Rupanya…ia bukan untuk dihabiskan sebaliknya untuk dibuang. Licin bermakna satu penghinaan kepada tuan rumah.


Sampai hari ini saya masih terkilan perkara itu berlaku secara budaya menyeluruh dan tidak jauh dari mereka adalah gelandangan yang mengutip sisa buangan makanan mereka di tong sampah.

Anda boleh pilih untuk tidak percaya saya tapi ini hanya pengalaman saya dan ia bukan sekali tetapi setiap kali. Disahkan juga oleh rakan-rakan Saudi saya sendiri. Nauzubillah.

Gambar ini sekadar hiasan tetapi percayalah dari Arab kaya sampai Arab yang tak kaya pun membudayakan pembaziran yang sama.

Mereka bangga nabi diutus pada kaum mereka tetapi mereka tidak sedar jika Nabi saw membawa hudan (petunjuk)  Al-quran mampu membaiki akhlak manusia yang terburuk atas mukabumi ini, pastinya Al-Quran dengan mudah mampu membentuk bangsa yang lain.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments