Header Ads

  • Terkini

    Video: Ustaz Cabul, Minta wanita hamil selak kain untuk urut di Putrajaya

    Ustaz Cabul, Minta wanita hamil selak kain untuk urut di Putrajaya.. Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ella Sandera telah berkongsi pengalamannya yang hampir menjadi mangsa cabul seorang ustaz palsu di wad bersalin sebuah hospital semalam.


    Ustaz Cabul, Minta wanita hamil selak kain untuk urut di Putrajaya
    Ustaz Cabul, Minta wanita hamil selak kain untuk urut di Putrajaya

    Ikuti pendedahan-pendedahan beliau di bawah ini:

    (STATUS 1)
    “Syukur alhamdulillah.. allah menyelamatkan sy dr jadi mangsa cabul ustaz celop..
    Kejadian berlaku di ward bersalin pagi tadi.

    Ustaz : sy ustaz din dari darul shifa, datang nak urut perut, kalau baby songsang sy boleh betulkan, ada air apa2 sy boleh bacakan dan sy boleh bagi baby bila kuar nanti jadi anak yg soleh.

    Sy: terkedu seketika.. dan berfikir( siapa dia ni, kenapa nak urut perut aku?)

    Ustaz: baring sekarang dan buka kain, sy nak urut perut

    Sy: ha?? Terus baring tapi was2.. dan bangun balik, “maaf ustaz sy segan lelaki tengok perut sy”


    Ustaz: takpe, baring sekarang dan buka kain, sy ustaz jgn risau, sy boleh baca2kan..(kepala sekejap2 toleh ke pintu masuk ward mcm takut org masuk)

    Sy: haaaa? Kau ni biar betul suka2 hati nak urut perut aku pepagi camni, kau siapa, datang dr mana, betul ke ustaz? Sambil berfikir lagi dgn was2.

    Ustaz: kaki awk bengkak ni

    Sy: eh eh.. suka2 engkau je.. bila pulak kaki aku bengkak.. (berfikir lagi)

    “Sy tak nak” kalau sy nak buka kain sy biar suami sy ada sebelah sy” kalau ustaz nak urut tggu suami sy ada sekali.

    Ustaz: kalau macam tu ambil no fon sy dan minta no fon awk

    Sy: sy tulis no fon suami

    Ustaz: kepala toleh2 ke pintu masuk mcm ada yg tak kena dan tangan sekejap2 sapu anu dia.

    Sy: sah dia ni tak betul…. suka2 hati kau nak pegang perut aku.. kau ustaz ke gila sex (berfikir lagi) masih dlm meadaan terkejut.

    Nurse nak masuk dia terus keluar.

    Terus tanya kat nurse betul ke hospital ni ada ustaz yg urut2 perut ppuan peknen ni? Sah!!!!!! Nurse dan doctor kata takde, dan kalau ada pun hospital ni akan upah ustazah sajaha bukan uztaz. Dan satu org pun tak kenal siapa ustaz yg menamakan diri dia USTAZ DIN tadi.. pihak security sedang memeriksa cctv untuk sy buat pengecaman.

    Ya allah… nasib baik tak turut kehendak lelaki tadi, agak2 apa la nasib malang pagi ni kalau buka kain tadi.

    Kepada semua ibu2 mengandung atau wanita2 yg berada di ward dan hospital, sila berhati2.


    Jangan cepat percaya dgn orang yg anda tak kenal. Allah menyelamatkan sy hari ini. Jangan jadikan diri anda mangsa cabul.



    Beliau kemudian mengemaskinikan beberapa lagi status mengenai 'ustaz' penipu tersebut termasuklah beberapa mesej yang dihantar kepadanya.









    Video 'ustaz' penipu cuba cabul wanita hamil di hospital Putrajaya



    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad