Terkini

Akim Ahmad, Stacy Sah Melangsungkan Pertunangan Petang Semalam

BARU-baru ini memang ada desas-desus yang menyatakan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy bakal melangsungkan majlis pertunangan dalam waktu terdekat.


Akim Ahmad, Stacy Sah Melangsungkan Pertunangan Petang Semalam
Akim Ahmad, Stacy Sah Melangsungkan Pertunangan Petang Semalam
Ternyata, dakwaan tersebut benar belaka apabila Stacy atau nama Islam Ummu Syaikhah Stacy binti Anam sah bergelar tunangan Akim petang Sabtu, 26 September, 2015.


Sekeping gambar majlis pertunangan pasangan selebriti ini turut tersebar meluas di media sosial sebaik sahaja dimuat naik menerusi laman Instagram Official Hlive!.

“Syukur Alhamdulillah. Majlis Pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi 26hb September 2015.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” ujar Akim.

Menurut satu sumber, masjid tersebut diadakan secara tertutup di sebuah kediaman di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga.

Baca: Stacy dedah punca sebenar beliau terbuka hati untuk memeluk Islam

Sementara itu, peminat dilihat tidak henti-henti menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan kelahiran bintang realiti Akademi Fantasia menerusi media sosial.

Sebelum ini, Akim yang popular bersama kumpulan The Majistret menerusi laguMewangi pernah berjanji tidak akan mensia-siakan kekasih hatinya itu atas pengorbanan Stacy memeluk Islam. –


1 comment

Etuza Etuza said...

Azalam tahnia kepada Akim dan Stacy. Ada jodoh kawin mereka nanti