Terkini

Al Fatihah! Maut terkena parang ketika sembelih lembu korban (5 Gambar)

Seorang ahli kariah Taman Cahaya Baru, Yong Peng, Johor maut terkena parang ketika melakukan penyembelihan lembu korban pada 24/9/2015 lebih kurang jam 11:00 pagi, bertempat di Surau Tmn BCB Yong Peng.


Al Fatihah! Maut terkena parang ketika sembelih lembu korban
Al Fatihah! Maut terkena parang ketika sembelih lembu korban 
Sebanyak 4 ekor lembu akan disembelih pada ketika itu.

Kejadian kemalangan bermula apabila tiba giliran ke lembu kedua untuk disembelih dan semua proses mengikat dan membaringkan lembu telah selesai sehingga proses penyembelihan.


Setelah lembu itu selesai disembelih, lembu itu telah mengelupur dengan kuat sehingga menyebabkan mangsa dan imam yang menyembelih tercampak kebelakang dan pada masa yang sama parang yang digunakan oleh imam untuk menyembelih, terkena pada lengan sebelah kiri mangsa.

Lembu korban ke 2 yang menyebabkan kemalangan
Lembu korban kedua yang mengelupur dengan kuat ketika disembelih, menyebabkan kemalangan mangsa terkena parang.

Semasa kejadian, mangsa ditugaskan memegang bahagian kepala lembu dan berkedudukan berhampiran imam yang menyembelih.

Luka parah di lengan kiri mangsa kerana terkena parang, menyebabkan pendarahan banyak.

Orang ramai membantu mangsa dengan membalut luka dan terus membawa ke Klinik Kesihatan Yong Peng Untuk mendapatkan rawatan.

Oleh kerana kecederaan terlalu serius mangsa di bawa ke Hospital Batu pahat untuk rawatan lanjut. Semasa sampai di wad kecemasan didapati telah menghembuskan nafas yang terakhir.

Kerana luka yang serius, mangsa mangsa telah mengalami banyak kehilangan darah dan meninggal dunia.

Jenazah mangsa disemadikan
Jenazah mangsa disemadikan... AL-FATIHAH

Post Mortem telah dijalankan pada 24/9/2015 lebih kurang jam 4.00 petang di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.

Sebab Kematian SLASH INJURY TO LEFT FOREARM. ( KECEDERAAN TERPOTONG DI BAHAGIAN LENGAN SEBELAH KIRI )-

Mangsa kemalangan ini ialah Suharto Bin Meodjib Dimjati, 48 tahun meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak

Al Fatihah! Semoga Allah tempatkan ruh Allahyarham di kalangan ruh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin!...


No comments