Jatuhkan belon kuning atas Najib, Penari wanita mengaku tidak bersalah

Penari Bilqis Hijjas hari ini mengaku tidak bersalah kerana menjatuhkan belon kuning dalam satu acara yang dihadiri perdana menteri dan isteri bulan lalu.


Jatuhkan belon kuning atas Najib, Penari wanita mengaku tidak bersalah
Jatuhkan belon kuning atas Najib, Penari wanita mengaku tidak bersalah
Denda maksimum untuk kesalahan itu ialah RM100 namun Hakim Nur Azura Murah memutuskan RM500 ikat jamin.

Bilqis, 35, anak kepada seorang jurutera terkenal, Hijjas Kasturi didakwa mengikut Akta Kesalahan Kecil 1955.


Beliau diwakili peguam Michelle Yesudas yang meminta mahkamah menetapkan ikat jamin ditetapkan antara RM100 dan RM150.

“Ikat jamin dikenakan untuk memastikan kehadiran tertuduh,” katanya, sambil menambah anak guamnya tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 25 Oktober.


No comments