Penumpang feri terkejut dengan kemunculan kapal selam di Pulau Pinang

Butterworth – Penumpang yang menaiki sebuah feri di sini dikejutkan dengan kemunculan sebuah kapal selam besar secara tiba-tiba di depan mata mereka.


Penumpang feri terkejut dengan kemunculan kapal selam di Pulau Pinang
Kapal selam tentera laut Australia HMS tiba di Pulau Pinang kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin.
Kapal tersebut berlabuh di sini untuk latihan dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia.


Pengurus Besar Kanan Penang Port (bahagian sokongan korporat), Md Derick Basir berkata kapal selam tersebut yang berukuran 77.8 meter panjang dan 7.8m lebar akan berada di sini sehingga 2 Oktober ini.

HMAS Sheean dilengkapi senjata peluru berpandu permukaan ke udara dan mampu menyelam pada kedalaman 400 batu nautika, lapor mStar Online.


No comments