Terkini

Rahim Tamby Chik mohon maaf tuduh Raja Muda Selangor peluk Kristian

Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, beliau telah meminta maaf berhubung statusnya di Facebook yang menuduh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah memeluk Kristian Katholik.


Rahim Tamby Chik mohon maaf tuduh Raja Muda Selangor peluk Kristian
Rahim Tamby Chik mohon maaf tuduh Raja Muda Selangor peluk Kristian
“Kita dah ‘update’ dalam Twitter dan Facebook,” katanya ketika dihubungi FMT.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau bersedia memohon maaf secara bertulis kepada Istana Selangor.


Pada 29 September, Rahim memuatnaik status di Facebook untuk permohonan maaf secara terbuka apabila menuduh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah menukar agama.

“Mengenai penulisan saya dalam Twitter dan FB mengenai DYTM Raja Muda Selangor menukar agama kepada Katholikisme, saya mengaku ini adalah dari sumber yang tidak dapat ditentukan kesahihannya.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf diatas ketidakselesaan dan kesulitan yg mungkin dirasai oleh DYMM Sultan Selangor, DYTM Raja Muda Selangor dan Istana Selangor

Permohonan maaf Tan Sri Rahim Tamby Chik di Facebook
Permohonan maaf Tan Sri Rahim Tamby Chik di Facebook

Dewan di-Raja Selangor menerusi kenyataan media mengecam tindakan Rahim itu dan menganggapnya berniat jahat dan mempunyai unsur-unsur fitnah.

Katanya, tulisan Rahim itu telah menimbulkan tanggapan buruk dan cemuhan masyarakat Islam terhadap Raja Muda dan Sultan Selangor, lapor FMT News.


No comments