Terkini


1MDB: Dr Mohd Asri puji tindakan Dr. Zeti Akhtar, Satu Jihad Besar

Tindakan dan keberanian Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz dalam menangani isu 1MDB bukan saja dilimpahi pujian oleh rakyat, malah turut mendapat sokongan daripada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


“Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah. Itu adalah jihad yang besar.”
Setelah diberi amanah menjalankan siasatan dengan teliti berhubung 1MDB dan kemudian mendapati wujud pelanggaran undang-undang, Bank Negara lalu mencadangkan kepada Peguam Negara agar tindakan perundangan yang sewajarnya diambil.

Apabila syor tersebut ditolak dan dirayu semula, tetapi kemudian ditolak juga, Bank Negara yang dipimpin oleh Dr Zeti lantas mengambil tindakan segera membatalkan tiga kebenarannya sebelum ini mengenai pelaburan 1MDB berjumlah AS$1.83 bilion di luar negara serta mahukan wang itu dibawa pulang untuk dikemuakan pelan baru mengenainya.


Tidak ramai yang berani bertindak demikian. Selalunya apabila syor mereka ditolak oleh Peguam Negara, ramai yang diam dan redha saja serta menganggap tanggungjawab sudah selesai.

Dalam posting di Facebooknya, Dr. Mohd Asri menulis, “Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah. Itu adalah jihad yang besar.”

Sehingga pagi ini posting itu telah mendapat hampir “40 ribu likes” daripada rakan-rakan Facebook beliau.

Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah. Itu adalah jihad yang besar.
Posted by DrMAZA.com on Sunday, October 11, 2015

Diharapkan dalam kemelut 1MDB yang sehingga Majlis Raja-Raja pun turut bersuara mahukan ia diselesaikan dengan segera dam diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat, lebih banyak agensi penguatkuasa dan kawal selia negara menunjukkan keberanian masing-masing dalam menegakkan kebenaran serta benar-benar takutkan Tuhan.

Mufti adalah ulama dan ulama adalah pewaris Nabi. Apabila pewaris Nabi turut memberi sokongan dan pujian kepada Dr. Zeti, tiada pilihan bagi kita selain turut sama memberi sokongan sambil mendoakan segala kebaikan terhadap apa yang diperjuangkannya itu. – Shahbudin Husin


No comments