Terkini

1MDB: Tiada laporan polis akan dibuat tiga oleh veteran Umno esok

KUALA LUMPUR: Tiga laporan polis berasingan yang dikatakan akan dibuat bekas menteri kabinet, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, esok, tidak akan berlaku.


1MDB: Tiada laporan polis akan dibuat tiga oleh veteran Umno esok
Apabila dihubungi hari ini, sumber-sumber daripada tiga kem itu menafikan tiga veteran Umno itu akan membuat laporan polis berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), seperti satu mesej yang disebarkan dalam aplikasi WhatsApp.

Mesej itu mendakwa, Dr Mahathir akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, manakala Muhyiddin di IPD Dang Wangi dan Shafie di IPD Brickfields.


Mesej itu turut menyeru penyokongmereka berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya untuk menunaikan solat Jumaat, selepas laporan polis dibuat dan akan disusuli dengan ketiga-tiga pemimpin itu membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada jam 2.30 petang, berhubung isu sama.

Satu sidang media juga dikatakan akan diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, pada jam 4.30 petang.

Seorang sumber yang rapat dengan Shafie berkata, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis.

Ditanya mengenai perancangan Shafie, sumber itu memberitahu: “Malam ini beliau sibuk dengan persiapan perkahwinan anaknya. Jadi, beliau mahu berehat esok.”

Kesemua acara yang dikatakan akan berlaku esok itu, mungkin berpunca daripada ketiga-tiga veteran Umno itu lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sejak beberapa bulan lalu, khasnya pembabitan beliau dalam 1MDB.


No comments