Terkini

Al-Fatihah: Remaja OKU, Muhammad Firdaus Disahkan Meninggal Dunia

Remaja Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus tahun lalu, disahkan telah meninggal dunia.



Memetik laporan Berita Harian, Firdaus meninggal dunia selepas diserang sawan tengah hari tadi.

Firdaus dilaporkan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.


Penemuan Firdaus pada Jun tahun lalu menggemparkan negara kerana ditemui dalam keadaan menyayat hati di kediaman keluarganya di Taman Semarak, Nilai.

Baca: Zalim !..Remaja OKU Dikurung Tanpa Diberi Sebarang Minuman dan Makanan


Muhammad Firdaus ditemui oleh pasukan Imigresen yang menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan di Nilai
Dia ditemui oleh pasukan Imigresen yang menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan tersebut.

Lolanopita Sadi, 41, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 kerana kesalahan mengabaikan anaknya, Muhammad Firdaus Dullah

Firdaus kemudiannya ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban, manakala ibunya, Lolanopita Sadi, 41, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 kerana kesalahan mengabaikan anaknya. Al-Fatihah.


No comments