Terkini

Beg Udara Kereta Ragut Nyawa Kanak-Kanak Perempuan 8 Tahun

Sungai Petani – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat terpelanting apabila beg udara kereta dipandu abangnya mengembung setelah kenderaan itu terlanggar bonggol berhampiran rumahnya di Bandar Utama di sini, semalam.


Beg Udara Kereta Ragut Nyawa Kanak-Kanak Perempuan 8 Tahun
Beg Udara Kereta Ragut Nyawa Kanak-Kanak Perempuan 8 Tahun
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Nur Khyra Amira Azman, 8, bersama dua abangnya yang berusia 12 dan 17 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang di Bandar Puteri Jaya.

Abang mangsa yang dikenali sebagai Along, berkata Khyra duduk di tempat duduk hadapan di sebelahnya dengan menyandarkan muka di papan pemuka yang menempatkan ruang beg udara, manakala seorang lagi adiknya duduk di belakang.


Katanya, apabila kereta itu terlanggar bonggol di tengah jalan, dia terus menekan brek yang menyebabkan beg udara di dua tempat duduk hadapan kereta terus mengembung dan mengenai adiknya.

“Sebaik kereta berhenti, saya terkejut apabila Khyra tiada di tempat duduknya. Saya keluar dari kereta untuk mencarinya kerana menyangka Khyra tercampak keluar, tetapi menemuinya terperosok di ruang bawah tempat duduk belakang pemandu.

“Dalam keadaan panik, saya memanggil Khyra beberapa kali, namun adik tidak menyahut. Saya mengangkatnya keluar sebelum dua lelaki datang membantu dan menghantarnya ke rumah dengan menaiki motosikal,” katanya.

Khyra kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) tetapi disahkan sudah meninggal dunia, lapor BH Online.


No comments