Bekas Guru Penolong Kanan Didakwa Cabul Murid Perempuan 9 Tahun

Seorang bekas guru penolong kanan sebuah sekolah rendah mengaku tidak ber­salah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang murid perempuan ketika masih meme­gang jawatan tersebut tahun lalu.


Bekas Guru Penolong Kanan Didakwa Cabul Murid Perempuan 9 Tahun (Sekadar Hiasan)
Bekas guru tersebut, didakwa memeluk dan mencium murid berkenaan yang ketika kejadian berumur sembilan tahun 11 bulan dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di depan stor dalam bilik media sebuah sekolah rendah di Hartamas, Brickfields pada pukul 1.20 petang, 30 April 2014.


Tertuduh yang kemudian me­ngambil keputusan untuk bersara awal didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi manakala tertuduh yang me­ru­pakan bapa kepada tiga anak diwakili peguam bela, Agus Rosman.

Pihak pendakwaan mencadangkan ikat jamin RM8,000 namun Agus memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya kini hidup bergantung dengan ubat kerana menghidap pelbagai penyakit antaranya kan­ser, ulser, darah tinggi dan kencing manis.

Majistret Mohamad Faizal Ismail kemudian membenarkan ter­tuduh diikat jamin RM5,000 de­ngan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 13 November ini, Lapur Utusan.


No comments