Terkini

Biasiswa Lepasan UPSR 2015 bagi penempatan pelajar ke MRSM & SBP

Pembiayaan Pendidikan Peneraju Tunas Geliga 2015, merupakan Program Pembiayaan Biasiswa bagi pelajar lepasan UPSR 2015 untuk penempatan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ATAU Sekolah Berasrama Penuh (SBP).


Biasiswa Lepasan UPSR 2015 bagi penempatan pelajar ke MRSM & SBP
Biasiswa Lepasan UPSR 2015 bagi penempatan pelajar ke MRSM & SBP
Terbuka kepada semua murid lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 yang berpotensi tinggi dan dari latar belakang yang mencabar untuk dipupuk dan dibimbing ke tahap yang lebih cemerlang.

Murid mestilah membuat permohonan di laman sesawang MRSM dan SBP untuk mendapatkan penempatan. Permohonan ke laman sesawang SBP/MRSM dijangka akan dibuka pada minggu pertama bulan Oktober 2015.


Pembiayaan hanya akan diberikan kepada murid yang berjaya mendapat tempat di SBP atau MRSM.

Nota penting: Murid mestilah mendapat 5A atau sekurang-kurangnya 4A 1B (bagi pelajar Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B (bagi pelajar Sabah dan Sarawak) dalam peperiksaan percubaan/peperiksaan sebenar UPSR 2015.

Syarat-syarat Kelayakan:
  • Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan UPSR 2015).
  • Pendapatan kasar isi rumah (sebelum sebarang pemotongan dibuat) tidak melebihi RM 4,000 sebulan.
  • Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.
  • Keputusan Percubaan Peperiksaan UPSR 2015 mestilah sekurang-kurangnya:
  1. 4A*,1B (Murid dari Semenanjung Malaysia)
  2. 3A*,2B (Murid dari Sabah dan Sarawak)
  3. * Gred A dalam subjek Matematik dan Sains
  • Murid mestilah bersetuju mengikuti Program Pembangunan dan Pemupukan semasa cuti sekolah.

Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada syarat-syarat kelayakan dan soalan-soalan lazim terlebih dahulu.

Tarikh Tutup: Permohonan akan ditutup pada 18 Oktober 2015, 11:59 pm.

Maklumat Lanjut: Sila klik PAUTAN INI


No comments