Header Ads

  • Terkini

    Cerita tentang video lucah itu merepek, ianya hanya fitnah – Idris Khan

    Pelakon dan model, Idris Khan, menganggap kontroversi video lucah yang mengaitkan namanya bersama dua pelakon lain iaitu Atikah Suhaime dan Ammar Alfian tidak membantutkan langkahnya untuk terus berada dalam dunia lakonan tanah air.


    Cerita tentang video lucah itu merepek – Idris Khan
    Cerita tentang video lucah itu merepek – Idris Khan
    Memetik laporan mStar online, Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar, 27, berkata, dia tidak mahu cepat melatah dan menyifatkan isu tersebut dugaan sebagai pelakon yang baharu enam bulan dalam industri.

    “Cerita tentang video lucah itu merepek dan kalau ia benar wujud saya pun nak tengok kesahihannya sebagai bukti.


    “Setakat ini, ia hanya fitnah sahaja dan orang yang kenal saya termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat tahu saya seorang yang bagaimana,” katanya.

    Dalam pada itu, pelakon drama Abang Sado Kau Hado ini berkata, sejak dihimpit kontroversi itu minggu lalu, ibu dan rakan-rakan terdekatnya banyak memberi nasihat supaya terus bersabar.

    Katanya setakat ini kontroversi berkenaan tidak menjejaskan tawaran lakonan yang diterima di stesen-stesen televisyen.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad