Dato' Seri Vida ada 10 Koleksi Mahkota, Ada yang mencecah RM100K

Siapa yang tidak tahu tagline “Qu Puteh Qu Puteh, barulah putih”. Memang ia cukup menjadi bualan ramai dan popular apabila ia diperkenalkan oleh pengasas Vida Beauty iaitu Dato Seri Vida setiap kali dalam iklannya lebih-lebih lagi jika beliau menjadi penaja utama bagi program-program di televisyen.


Dato' Seri Vida ada 10 Koleksi Mahkota, Ada yang mencecah RM100K
Dato' Seri Vida ada 10 Koleksi Mahkota, Ada yang mencecah RM100K
Namun, yang menarik perhatian ramai kali ini bukan kerana tagline tersebut tetapi penampilan Dato Seri Vida yang sering memperagakan koleksi mahkota beliau. Boleh kata setiap minggu beliau kan memakai mahkota yang berlainan di konsert Gegar Vaganza 2 dan setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri.


Jelas Dato Seri Vida beliau memang minat untuk mengumpul mahkota yang berbeza dan ia sudah menjadi hobi beliau sejak lima tahun yang lalu.

Setakat ini beliau sudah memiliki 10 jenis mahkota yang ditempah di Hong Kong dan yang paling mahal berharga RM 100,000 dan yang paling murah pula RM10,000.

Saya ada 10 mahkota yang ditempah di Hong Kong. Angan-angan saya nak jadi puteri raja. Kena pula dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah.

Dato' Seri Vida

Crown yang saya pakai ini harganya paling mahal adalah dalam RM100,000. Manakala yang murah pun harganya adalah dalam lingkungan RM10,000 lebih.




Kalau sudah ada banyak duit dan meminati sesuatu hobi itu apa salahnya bukan? Peduli apa yang orang kata yang penting Dato Seri Vida senang hati ye dak? Hehe...

Sumber Berita: Sinar Harian


No comments