Header Ads

  • Terkini

    Dua lelaki campak duit dan maki penguatkuasa MBPP wanita ditahan

    George Town – Dua lelaki yang didakwa memaki dan mencampak duit kepada anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas tayar kereta mereka dikunci, ditahan di George Town hari ini.


    Dua lelaki campak duit dan maki penguatkuasa MBPP wanita ditahan
    Dua lelaki campak duit dan maki penguatkuasa MBPP wanita ditahan (Gambar Sinar Harian)
    Kedua-duanya yang berusia 19 dan 25 tahun ditahan di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim pada pukul 4 petang.

    Tonton: Video Lelaki campak duit, Panggil anggota penguatkuasa wanita ‘Anjing’

    Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatarash Wahid pihak polis akan mendapat perintah reman ke atas dua-duanya yang bekerja sebagai mekanik dan pemasang pendingin hawa.


    Suspek dilapor marah kepada prgawai penguat kuasa wanita berkenan kerana mengunci tayar kereta mereka yang diletakkan di garisan kuning di Lebuh Campbell pada Rabu lalu.

    Tindakan mereka ke atas pegawai tersebut menjadi viral di media sosial sejak semalam, lapor Bernama.


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad