Terkini


Dua Lelaki Tetak Wanita Mengaku Tak Bersalah di Mahkamah Sesyen

Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana terbabit dalam kejadian menetak seorang wanita menggunakan parang di Taman PD Utama, Port Dickson, Khamis lalu.


Dua Lelaki Tetak Wanita Mengaku Tak Bersalah di Mahkamah Sesyen
Dua Lelaki Tetak Wanita Mengaku Tak Bersalah di Mahkamah Sesyen
K Saravanan, 26, yang juga suami mangsa, serta Ahamad Mohd Latif, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


Mengikut pertuduhan, mereka bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa, D Megala, 24, menggunakan parang dengan niat atau pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian.

Baca dan Tonton: Video: Suami Gila Meroyan, Tetak Isteri Sendiri Di Depan Rumah

Mereka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Baca juga: Lelaki dedah PUNCA SEBENAR Suami tetak isterinya dengan parang

Kamarudin menetapkan sebutan semula kes pada 13 November ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kejadian ini mendapat perhatian apabila menjadi viral dalam laman sosial, tetapi polis menasihat orang ramai supaya tidak menyebarkan video kejadian itu kerana boleh mengganggu emosi mangsa, lapor BH Online.


No comments