Header Ads

  • Terkini

    Dua Pekan Di Pattani, Thailand Digegarkan Dengan 13 Letupan Bom

    PATTANI: Dua pekan di daerah Khokpo iaitu Napradu dan Khokpo di sini digegarkan dengan 13 letupan bom antara jam 7.30 malam tadi dan 6.30 pagi Rabu manakala tiga lagi bom berjaya dimatikan.


    13 Letupan Bom Gegarkan Dua Pekan di Pattani, Thailand
    13 Letupan Bom Gegarkan Dua Pekan di Pattani, Thailand
    Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut yang dipercayai didalangi oleh kumpulan pemisah di selatan wilayah Thailand itu.


    Ketua Polis Daerah Khokpo, Pattani, Kol.Polis Uthai Thipsepa berkata sejumlah lapan butir bom meletup di tujuh kawasan di Khokpo manakala tiga butir lagi dapat dimusnahkan dan lima butir bom meletup di Napradu.

    Beliau berkata kesemua bom yang digunakan adalah seberat dua kilogram dan diaktifkan dengan menggunakan telefon bimbit. - AwaniNews


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad