Terkini


Empat beranak cedera, dua jet ski melompat atas kereta di Alor Gajah

Empat beranak cedera apabila bumbung kereta mereka dihempap dua jet ski yang melambung dalam kejadian di Jalan Masjid Tanah-Paya Rumput, Alor Gajah, lewat petang semalam.


Empat beranak cedera, dua jet ski melompat atas kereta
Empat beranak cedera, dua jet ski melompat atas kereta
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila penyambung antara treler dan 4WD yang menundanya tercabut.

Mangsa bayi lelaki, 18 bulan, abangnya, tiga tahun dan ibu bapa mereka dilaporkan hanya cedera.Kejadian itu menyebabkan Proton Wira itu hilang kawalan sebelum terbabas ke longkang.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Pegawai Bomba Kanan II Shaari Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kemalangan itu pada 6.57 petang.



"Lima anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kemalangan dan ketika kami sampai semua mangsa sudah dikeluarkan daripada kenderaan dengan bantuan orang awam.

"Pemeriksaan awal dilakukan semua mangsa hanya cedera dan dihantar ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk rawatan selanjutnya," katanya.-MyMetro


No comments