Enam perompak berjaya naiki kapal MT Almi Spirit di Selat Singapura

Sebuah kapal, MT Almi Spirit dinaiki 6 perompak di Selat Singapura, hari ini. Kejadian itu disahkan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menerusi catatan akaun Twitter beliau.


kapal MT Almi Spirit
Enam perompak berjaya naiki kapal MT Almi Spirit di Selat Singapura
"Almi Spirit dinaiki 6 perompak di Selat Singapura 7 pagi tadi, dipintas KM Rawa dan Bot Kilat APMM di Tanjung Pelepas Johor," katanya menerusi laman Twitter terbabit.



Menurut APMM Wilayah Selatan, sidang akhbar berkenaan kejadian itu akan diadakan di Pejabat APMM Wilayah Selatan pada 1.30 petang ini oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Johor Baharu Kepten Maritim Aminuddin Abd. Rashid. – Bernama, 15 Oktober, 2015.



No comments