Erma Fatima Ajak Ogy Ahmad Daud Sertai Teater Muzikal Mak Cun

Pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima melahirkan hasrat hatinya untuk melamar pelakon berbakat besar Ogy Ahmad Daud untuk turut serta dalam persembahan Teater Muzikal Mak Cun.

Pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima melahirkan hasrat hatinya untuk melamar pelakon berbakat besar Ogy Ahmad Daud untuk turut serta dalam persembahan Teater Muzikal Mak Cun.


Erma Fatima, Ajak Ogy Ahmad Daud
Erma Fatima Ajak Ogy Ahmad Daud Sertai Teater Muzikal Mak Cun
Keinginan Erma telah pun diberitahu kepada Ogy namun keputusannya belum dimuktamadkan kerana ianya masih lagi dalam proses perbincangan.

“Saya kalau boleh memang nak Ogy berlakon dalam teater muzikal ini, saya memang dah ada watak yang sesuai untuk dirinya.

“Tetapi keputusan belum diputuskan kerana dia pun sibuk dengan urusan lain terutama dengan Pencetus Ummah yang baru sahaja ditayangkan di saluran Astro Prima.


“Ogy dah tahu mengenai perkara ini cuma masa untuk dia buat keputusan itu perlu diambil kira. Kalau dia tak dapat berlakon saya faham dengan komitmen yang perlu dia lakukan.

“Apa-apa pun kalau dia menerima tawaran itu, saya bersyukur. Sekiranya Ogy tak dapat sertai teater ini, saya akan melamarnya untuk Drama Mak Cun musim kedua, Inshaa Allah,” kata Erma kepada portal Murai.com.my

Erma ditemui media di Majlis Pelancaran Teater Muzikal Mak Cun di Istana Budaya baru-baru ini turut memberitahu, selain teater dia mempunyai perancangan lain untuk karekter Mak Cun.

Dia turut mempunyai idea untuk menjadikan produk Mak Cun ke bentuk animasi yang sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutama kanak-kanak.

“Watak Mak Cun ini saya juga terkejut kerana ia amat disukai oleh kanak-kanak. Walaupun seorang yang nampak pemarah dan tegas dengan anak-anaknya, tetapi ia mendapat perhatian oleh anak-anak kecil.

“Jadi saya memang ada perancangan lain iaitu menerbitkan siri animasi Mak Cun. Syarikat animasi yang ingin jalinkan kerjasama pun sudah dikenal pasti.

“Tetapi saya tidak akan umumkannya sekarang. Bagilah saya ruang habiskan satu persatu dan tiba masanya nanti, saya akan jemput media untuk projek animasi Mak Cun,” katanya dengan tersenyum.

Menyentuh mengenai Teater Muzikal Mak Cun, ia akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula pada 14 hingga 22 November 2015.

Ia turut dibintangi oleh nama-nama besar seperti Nora Danish, Dafi, Ungku Ismail, Datin Seri Umie Aida, Dato Rahim Razali , Balkisyh Semundur Khan dan Betty Rahmad.

Tiket boleh dibeli menerusi redtix.airasia.com dengan harga RM36, RM76, RM86, RM106 dan RM156. - Murai.com.my


COMMENTS

Name

aidilfitri,19,akhir zaman,40,akhirat,9,Al-Quran,27,arbain nawawi,5,artis,1218,aurat,34,Bacaan Doa,4,blogging,13,bulan islam,6,dajjal,22,darah wanita,3,download,6,Drama,16,ebola,7,English,21,filem,23,fiqh,27,freemasonary,6,global,1337,hidayah,45,hijrah,3,illuminati,11,imam mahdi,7,informasi,2307,inspirasi,56,isu semasa,854,jenayah,747,kebangkitan,5,Kebesaran Allah,111,kematian,16,khilafah,10,khusnul khotimah,16,kisah al-quran,16,Kisah Nabi,31,Kisah Teladan,226,konspirasi,49,Krisis Mesir,26,lahad datu,74,masjid,16,MH17,177,MH370,385,motivasi,14,muharram,3,munakahat,5,Nabi Ibrahim,3,Nabi Musa,7,Nabi Sulaiman,6,NSFW,139,paranomal,70,pelajaran,124,Pelik,217,pluralisme,2,PMR,20,PT3,64,putera bani tamin,2,QZ8501,53,ragam,1457,ramadhan,49,Rasulullah,22,raya,3,satanisme,8,sejarah,52,sekularisme,3,SJ Agama,13,solat,17,solat sunat,6,songsang,28,SPM,9,su'ul khotimah,15,sukan,129,syiah,19,tauhid,4,tazkirah,83,tokoh ilmuwan,15,tokoh muslim,21,UAI,14,ulama' nusantara,7,video,248,wanita,36,widget,7,Wordless-Wednesday,7,worldcup,54,yahudi,51,
ltr
item
OhDunia.My: Erma Fatima Ajak Ogy Ahmad Daud Sertai Teater Muzikal Mak Cun
Erma Fatima Ajak Ogy Ahmad Daud Sertai Teater Muzikal Mak Cun
Pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima melahirkan hasrat hatinya untuk melamar pelakon berbakat besar Ogy Ahmad Daud untuk turut serta dalam persembahan Teater Muzikal Mak Cun.
http://1.bp.blogspot.com/-o7rUVs9tJXU/Vi1663Ic-iI/AAAAAAAAv74/nIJwpv38rho/s1600/erma-ogy.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-o7rUVs9tJXU/Vi1663Ic-iI/AAAAAAAAv74/nIJwpv38rho/s72-c/erma-ogy.jpg
OhDunia.My
http://www.ohdunia.my/2015/10/erma-fatima-ajak-ogy-ahmad-daud-sertai-teater-muzikal-mak-cun.html
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/2015/10/erma-fatima-ajak-ogy-ahmad-daud-sertai-teater-muzikal-mak-cun.html
true
2744712085685001279
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy