Kajian Novel Merenang Gelora: Tema Dan Persoalan

Berikut ini adalah Contoh Kajian Novel Merenang Gelora bagi tajuk Tema dan Persoalan untuk kerja kursus Bahasa Melayu Tingkatan 3.


Folio Bahasa Melayu: Novel Merenang Gelora: Tema dan Persoalan
A: TEMA

Novel ialah kegigihan dan tanggungjawab seorang remaja dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan terpaksa menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupannya.

Hal ini dibuktikan melalui watak Badri yang eegang jawayan pengawas sekolah telah berusaha untuk membenteras kegiatan penjualan telefon bimbit dalam kalangan murid sekolah.

Badri menghadapi cabaran apabila difitnah oleh murid yang tidak berpuas hati dengan tindakan tegasnya. Akhirnya, Badri Berjaya menbenteras gejala buruk tersebut dan berjaya membawa kejayaaan kepada dirinya serta rakan yang lain.


B: PERSOALAN

Persoalan dari novel ini ialah:
  1. Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan- Contohnya, Badri menjalankan tugasnya sebagai pengawas sekolah yang dinamanahkan kepadanya dengan penuh bersemangat dan tanggungjawab dalam membantu pihak sekolah bagi memastikan disiplin murid-murid terkawal.
  2. Kasih sayang dalam keluarga- contohnya, Badri sangat menyayangi ibu bapanya dan ingin membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjadi seorang doktor.
  3. Permasalahan yang berlaku dalam kalangan pelajar- contohnya Meng Kong telah mencuri telefon bimbit dan kad pra bayar di kedai bapanya dan menjualnya kepada murid-murid sekolah dengan bersekongkol bersama-sama shahrul dan Kumar. Mereka sering mengugut pelajar sekolah yang enggan menyerahkan bayaran ansuran telefon bimbit.
  4. Keikhlasan dalam persahabatan-contohnya Siew Mei dan Taufik mementingkan keikhlasan dalam persahabatan dan sentiasa memberi sokongan kepada Badri ketika Badri berhadapan dengan pelbagai dugaan.
  5. Kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri- contohnya Badri rajin belajar silat dengan bapa saudaranya dan telah dapat mengalahkan Shahrul ketika Shahrul menyerangnya.
  6. Sikap tanggungjawab bapa terhadap anak- contohnya, Encik Tan telah menemui pengetua untuk berbincang tentang anaknya, Meng Kong yang telah menjual telefon kepada pelajar sekolah. Beliau juga hadir dalam mesyuarat PIBG dan meminta maaf bagi pihak anaknya. Beliau juga telah bertindak menempatkan Meng Kong di asrama kerana mahu Meng Kong menumpukan perhatian dalam pelajaran.
  7. Kerajinan dalam menuntut ilmu- contohnya Badri , Siew Mei dan Taufik menumpukan sepenuh perhatian dalam peperiksaan SPM.
  8. Keperihatinan ibubapa demi masa depan anak- contohnya, Ibubapa Jamil membuat keputusan yang tepat dengan memindahkan Jamil dari sekolahnya di Semenanjung dan bersekolah di Sarawak untuk memastikan Jamil tidak tersalah memilih kawan sehingga menjejaskan masa depannya.
  9. Keinsafan melakukan kesalahan, contohnya, Jamil, Kumar dan Shahrul akhirnya sedar akan kesilapan masing-masing dan kembali ke pangkal jalan sehingga masing-masing akhirnya berjaya dalam kehidupan.

BACA JUGA:
1:Kajian Novel Merenang Gelora - Latar Masa, Tempat Dan Masyarakat
2:Kajian Novel Merenang Gelora - Plot Dan Tema
3:Kajian Novel Merenang Gelora - Watak Dan Perwatakan
4:Kajian Novel Merenang Gelora - Nilai Murni Dan Pengajaran
5:Kajian Novel Merenang Gelora - Tema Dan Persoalan


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments