Header Ads

  • Terkini

    Gadis diperkosa 'Polis' jam 3 pagi di Stesen Minyak Simpang Ampat

    Seorang remaja perempuan dirogol 'polis' yang pada mulanya mendakwa mahu mengambil ujian air kencing ketika mangsa bersama teman lelakinya berada di sebuah stesen minyak di Jalan Besar, Simpang Ampat Sabtu lalu.


    Gadis diperkosa 'Polis' jam 3 pagi di stesen minyak Simpang Ampat
    Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa yang berusia 19 tahun dinoda lelaki terbabit kerana mempercayai suspek anggota polis.

    Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa dan teman lelaki berhenti mengisi minyak sebelum mereka didatangi dua lelaki yang juga menaiki motosikal.


    Sumber berkata, suspek mendakwa mahu membuat pemeriksaan.

    "Seorang daripada suspek membawa teman lelaki mangsa jauh daripanya, manakala seorang lagi suspek berada bersama remaja perempuan itu," katanya. - Bernama


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad