Gara-Gara Sales Vincci, ramai yang terjatuh kerana rempuhan! (5 Foto)

Kecoh gara-gara 'Sales Vincci', ramai yang terjatuh kerana rempuhan. Jualan gudang kasut Vincci yang baru bermula di Glenmarie Shah Alam semalam terpaksa ditutup serta merta gara-gara situasi yang sudah tidak terkawal lagi daripada orang ramai yang sudah mula mengunjungi tempat itu sejak dari awal jam 10.00 pagi semalam.


Gara-Gara Sales Vincci, ramai yang terjatuh kerana rempuhan! (5 Foto)
Gara-Gara Sales Vincci, ramai yang terjatuh kerana rempuhan! (5 Foto)
Mengikut laporan daripada pengguna sosial media di Facebook, keadaan mula menjadi huru-hara selepas ramai yang semakin tidak sabar untuk memborong kasut-kasut Vincci sehingga mula merempuh masuk ke jualan gudang tersebut serta mengakibatkan ramai yang terjatuh.


Menerusi foto yang dikongsi di Facebook, kelihatan ramai pengunjung berpusu-pusu berdiri di luar pagar yang sudah ditutup.



Pihak pengurusan jualan gudang itu telah menutup atau memberhentikan jualan mereka pada hari tu dan terbaru menerusi Facebook Vincci memberitahu mereka telah membatalkan ketiga-tiga hari jualan itu iaitu dari 2 hingga 4 Oktober.



Diharapkan perkara ini tidak berulang lagi dan ramai yang menasihati pihak pengurusan akan mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya sebelum mengadakan jualan gudang besar-besaran itu.


No comments