Header Ads

  • Terkini

    Gempar, Remaja perempuan 17 tahun dibunuh kejam di Teluk Kumbar

    Pekan kecil Bandar Baru Teluk Kumbar di Balik Pulau Pulau Pinang gempar awal malam Ahad selepas seorang remaja perempuan Intan Suraya Mawardi 17 tahun ditemui dibunuh dengan leher dikelar.


    Gempar, Remaja perempuan 17 tahun dibunuh kejam di Teluk Kumbar
    Mayat gadis malang itu ditemui ayahnya yang mulanya menyangka anak sulung beliau itu sedang tidur di sebuah bilik di rumah mereka.

    Panggilan tidak bersahut menyebabkan ayahnya masuk ke bilik dan mendapati anaknya sedang berselimut dan lehernya dikelar.


    Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki awal pagi Isnin, yang dipercayai membunuh tersebut.

    Intan Suraya Mawardi
    Intan Suraya Mawardi - mangsa pembunuhan kejam
    Suspek berusia 20 tahun ditahan di kawasan Bayan Lepas dan polis turut menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.

    Intan Suraya Mawardi
    Intan Suraya Mawardi - Mangsa pembunuhan kejam

    Jurucakap polis berkata, suspek dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika dia tinggal seorang di rumah ketika kejadian.

    "Suspek yang bersembunyi sekitar kawasan ini turut mengambil telefon bimbit mangsa.


    "Dia dijangka direman pagi ini di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. lapor HMetro: 26/10/2015


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad