Ada pihak guna nama Che Ta, tipu pelanggan kaut untung RM700K di IG

Ada pihak guna nama Che Ta, tipu pelanggan dan kaut untung RM700K di Instagram. Sudah beberapa kali nama Rozita Che Wan @ Che Ta dipergunakan oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab di Instagram sejak dua tiga tahun ini.


Guna nama Che Ta, tipu pelanggan dan kaut untung RM700K di Instagram
Terbaru, dilaporkan seorang lagi individu menggunakan nama pelakon itu hingga berjaya mengaut hasil haram mencecah RM700,000.

Memetik laporan Harian Metro, seorang lelaki di sebalik akaun Instagram Paris Shopping Heaven telah menipu orang ramai dengan menjual beg berjenama mewah pada harga rendah namun tidak pernah menunaikan mana mana pesanan pelanggan.


Beberapa bulan lalu, Rozita Che Wan ada memuat naik status di Instagram memberi amaran kepada pengguna supaya tidak tertipu dengan akaun tersebut yang pernah menggunakan namanya seoalah olah beliau pernah berurusan membeli beg tangan mewah.



No comments