Terkini

Guru Besar Hilang Di Hutan Berhampiran Perkampungan Orang Asli

Kuala Lumpur – Seorang guru besar sekolah rendah Gombak, Selangor dilaporkan hilang di Hutan Buluh Telur dekat perkampungan Orang Asli di Kuala Kubu Bharu.


Guru Besar Hilang di hutan berhampiran perkampungan Orang Asli
Wanita berusia 53 tahun disedari hilang dari rumah sejak Jumaat lalu selepas dipercayai mengalami masalah kemurungan.

Jurucakap bomba berkata, pencarian mangsa masih belum menemukan sebarang hasil dan akan disambung semula kira-kira pukul 7 pagi esok.


“Pencarian hari ini dihentikan pada pukul 6.30 petang kerana cuaca hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan mangsa.


No comments