Terkini

Harga Kad Prabayar Akan Kembali Seperti Biasa Mulai 1 November ini?

Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai harga baru kad tambah nilai prabayar telefon bimbit di mana harga akan kembali seperti sebelum perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 November ini.


Harga Kad Prabayar Akan Kembali Seperti Biasa Mulai 1 November ini?
Harga Kad Prabayar Akan Kembali Seperti Biasa Mulai 1 November ini?
Memetik laporan Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani, Kastam dikatakan sedang berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memansuhkan bayaran 6% berkenaan apabila pelanggan membeli kemudahan tersebut.

Beliau juga memberitahu kerajaan tidak akan berkrompromi dengan syarikat telekomunikasi (telko) yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya sekiranya mereka masih berdegil.

Berita bulan April 2015: Harga kad tambah nilai prabayar kembali ke harga asal mulai 1 Mei


"Bagaimana telko mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting, rakyat beli RM10 dapat nilai RM10. Kita mahu Kastam buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman 1 November ini," katanya dipetik berkata selepas satu forum pengguna di Kuala Lumpur semalam.

Baca: Peniaga tidak boleh kenakan GST keatas kad tambah nilai (Top-Up)

Katanya lagi, kerajaan tidak boleh menerima alasan pihak telko sebelum ini yang mengatakan sistem komputer mereka belum bersedia untuk itu memandangkan tempoh diberikan kepada telko terlalu lama.

"Jika pihak telko masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu patuh arahan ini, iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal.

Baca: Ini sebabnya... Kenapa banyak kedai handphone tak nak jual Top-Up

"Sebab, pada logiknya, kalau telko tidak bersedia, kenapa pengguna pula kena tanggung kos tambahan," beliau dilaporkan Utusan berkata.

Mulai April lalu, susulan pengenalan GST 6%, semua telko mengenakan cukai itu pada kad tambah nilai prabayar telefon tetapi bersetuju menambah masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar melebihi 6%.


No comments