Terkini

“Hospital Prince Court Buat Bodoh Pada Bapa Saya” - Intan Safizah

Mula-mula saya ingatkan tidak mahu viralkan kecuaian pihak hospital Prince Court Medical Centre di laman sosial. Tetapi, memandangkan pihak hospital buat bodoh pada rakyat marhaen seperti bapa saya ini, maka saya masukkan juga ke laman Facebook.


luahan Intan Safizah
“Hospital Prince Court Buat Bodoh Pada Bapa Saya” -  luahan Intan Safizah
Hospital Prince Court Medical Centre telah cuai dalam menguruskan bapa saya sehingga beliau terjatuh dalam bilik MRI.

Bapa saya terpaksa menerima lima jahitan di dahinya. Sudahlah bapa saya memang ada internal bleeding di kepala, terjauh lagi dan cedera di kepalanya.

1. Bapa saya high risk patient dihantar ke MRI room dengan Wheelchair, bukan katil tanpa escort dari nurse.

2. Staff di Radiology Unit bersikap biadab semasa nak prepare bapa saya untuk prosedur.

3. Bila dah jatuh, pihak hospital bagi tiga versi cerita yang berbeza bagaimana bapa saya boleh terjatuh.


4. Di ER, pihak hospital membiarkan bapa saya tanpa rawatan selama lebih 40 minit atas alasan staff sibuk argue nak mengenakan caj bil jahitan di kepala bapa saya itu.

5. Bila bapa saya discharge, saya kena bayar bil penuh termasuk kos jahitan di dahi bapa saya yang berlaku di atas kecuaian kakitangan Prince Court.

6. Bila saya buat aduan, Prince Court janji akan memberikan maklumbalas dalam masa seminggu. Selepas dua minggu, baru dapat maklumbalas.

7. Dalam surat maklumbalas itu, Prince Court hanya mahu membayar balik kos jahitan di dahi bapa saya sebanyak RM100 lebih sahaja. Total bil hospital adalah RM6,313.

Kalau anda menjadi saya, boleh bersabar lagi ke? Saya dah buat aduan pada Kementerian Kesihatan Malaysia dan siasatan sedang dijalankan.

Kepada semua, saya nasihatkan janganlah ke Prince Court Medical Centre lagi. Mereka tidak mementingkan keselamatan dan kebajikan pesakit. Mereka hanya memikirkan keuntungan mereka sahaja.

Ada cadangan lain, apa yang patut saya buat sekarang untuk membela nasib bapa saya? - Intan Safizah Salim


No comments