Ibu Leka dengan Facebook, Tak sedar Anak Mati Lemas dalam Kolam

YORKSHIRE – BRITAIN. Kelekaan melayari laman Facebook menyebabkan seorang ibu dipenjara apabila kelekaan tersebut menyebabkan anaknya mati lemas.


Claire Barnet, bersama anaknya, Joshua Barnett
Claire Barnet, bersama anaknya, Joshua Barnett
Kanak-kanakt terbabit, Joshua Barnett, 2, lemas apabila terjatuh dalam kolam di halaman rumahnya di Beverley, East Yorkshire pada bulan Mac yang lalu.

Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Claire Barnet, 31, ketika itu sedang leka bermain Facebook di dalam rumah sehingga tidak menyedari anaknya terjatuh ke dalam kolam.


Setelah menyedari apa yang berlaku, dia cuba menyelamatkan anaknya namun semuanya sudah terlamabat.

Rumah di mana kejadian berlaku.

Wanita itu juga turut didakwa membiarkan anaknya bermain bersama rakan di atas jalan tanpa pengawasan sehingga menyebabkan dia hampir dilanggar kereta.

“Anak kamu mati akibat kelalaian kamu dan perlu diambil tindakan untuk memberi pengajaran atas tindakan kamu itu,” kata Hakim Jeremy Richardson


No comments